Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Faishal: Pergiat usaha tambah ilmu orang muda agar jauhi dadah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Faishal: Pergiat usaha tambah ilmu orang muda agar jauhi dadah

Mar 19, 2023 | 05:30 AM

MASYARAKAT Melayu Islam telah mengorak langkah besar ke hadapan dalam usaha menentang dadah dan ini telah menyaksikan bilangan pesalah dadah baru merosot, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri).

Namun, lebih banyak usaha diperlukan untuk menambah pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama golongan lebih muda, katanya. Beliau berkata demikian di Masjid Hang Jebat pada Sabtu, semasa menghadiri acara Dadah itu Haram (DIH) yang diadakan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan masjid tersebut.

Ia sebahagian projek mendekati masjid dan belia yang turut melibatkan Masjid Hussein Sulaiman di Pasir Panjang Road dan Masjid Ahmad di Lorong Sarhad.

Selain mendengar taklimat dan menonton sketsa, peserta boleh melakukan kegiatan di tiga 'pondok' interaktif bagi mendapat maklumat berhubung kegiatan antidadah di sini dan bahaya dadah.

Salah seorang peserta di acara itu ialah Encik Mohammed Abdullah Sayeed, 18 tahun.

Beliau berkata: "Saya telah mempelajari tentang kesan negatif dadah seperti ganja yang boleh musnahkan kehidupan dan kesihatan seseorang dan akan berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan saya."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3