Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS PERTAMA M³: Perkahwinan; Keibubapaan; Pembangunan awal kanak-kanak

Faishal: Perkahwinan kukuh sebagai asas keluarga utuh

Umum program libatkan naib kadi bimbing bakal mempelai secara peribadi sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga | Kolaborasi dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) bagi tingkat kesedaran manfaat prasekolah | MSF lanjutkan latihan Responder Pertama Perkahwinan (MFR) kepada M³
Apr 27, 2019 | 05:30 AM



Memperkukuh perkahwinan, keibubapaan dan pembangunan awal kanak-kanak. Ini merupakan bidang tumpuan pertama yang dilakarkan M³ bagi membantu keluarga Melayu/Islam yang memerlukan selain memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu/Islam setempat. Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim menjelaskan apakah yang akan dilakarkan bagi merealisasikan bidang tumpuan pertama itu. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) melaporkan.




SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim masih teringat lagi perbualannya dengan beberapa kanak- kanak, yang menurutnya membawa kesan hebat kepadanya.



"Mereka bertanyakan kepada saya mengapa ibu bapa mereka berkahwin dan melahirkan mereka tetapi langsung tidak menghiraukan tentang hal mereka.



"Saya tersentak. Ini yang membuat saya terfikir tentang pentingnya untuk kita semai dan tanamkan makna sebenar perkahwinan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga.



"Ibu bapa perlu sedar dan tahu apakah tanggungjawab mereka apabila menjadi seorang suami misalnya dan kemudian sebagai bapa, serta apakah jenis pendekatan yang perlu diambil apabila anak itu berada di setiap fasa pembangunan mereka," kongsinya.



Menurutnya pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga lebih memberi tumpuan terhadap proses membuat persiapan bagi majlis perkahwinan daripada persediaan memahami makna sebenar perkahwinan sebelum bernikah.



Menyedari pentingnya perkahwinan yang kukuh, Dr Faishal berkata satu program yang melibatkan naib kadi bakal dijalankan di mana ia akan membimbing bakal mempelai secara peribadi sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga.



Diusahakan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), kumpulan naib kadi akan mengongsi maklumat selain meningkatkan kesedaran tentang alam perkahwinan.



"Perkahwinan yang kukuh merupakan asas kepada keluarga yang utuh.



"Justeru dengan adanya kesedaran sebelum berkahwin, ia diharapkan akan dapat memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak," katanya.



Menyentuh tentang pendidikan awal kanak-kanak, Dr Faishal berkata meskipun kadar kehadiran kanak-kanak ke prasekolah agak stabil sekarang, masih ada lagi keluarga yang menganggap pendidikan awal kanak-kanak tidak begitu penting.



Lantaran itu, beliau berharap dengan adanya kolaborasi bersama Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda), program mendekati prasekolah, akan dapat memastikan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah melihat pentingnya memasukkan anak mereka ke prasekolah selain memastikan kanak-kanak itu kerap ke sekolah.



Yayasan Mendaki merupakan antara agensi mendekati keluarga bagi program ini. Ia juga sebahagian daripada rangkaian M Kuasa Tiga (M³). M³ merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra)



Buat masa ini, program mendekati prasekolah yang dijalankan Yayasan Mendaki sedang giat dilakukan di kawasan M³@Bandar di Nee Soon dan akan kemudian beralih ke M³@Bandar di Marsiling.



Sementara itu, bagi memperkukuh perkahwinan juga, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah melanjutkan latihan Responder Pertama Perkahwinan (MFR) kepada M³.



Sejauh ini 30 sukarelawan telah menjalani latihan MFR di Nee Soon, dengan MSF menyasarkan melatih 100 peserta daripada masyarakat Melayu/Islam.



Latihan MFR bertujuan untuk sesiapa yang ingin menawarkan sokongan perkahwinaan lebih baik kepada teman- teman, anggota keluarga dan pasangan yang mereka kenali.



Program latihan ini akan dilanjutkan kepada M³@Bandar yang lain secara berperingkat.




"Ibu bapa perlu sedar dan tahu apakah tanggungjawab mereka apabila menjadi seorang suami misalnya dan kemudian sebagai bapa, serta apakah jenis pendekatan yang perlu diambil apabila anak itu berada di setiap fasa pembangunan mereka... Perkahwinan yang kukuh merupakan asas kepada keluarga yang utuh. Justeru dengan adanya kesedaran sebelum berkahwin, ia diharapkan akan dapat memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >