Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KELUARGA

Faishal: Pertingkat latihan kadi, naib kadi demi bantu pasangan

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



RANGKA kerja latihan bagi kadi dan naib kadi akan dipertingkat untuk membangunkan laluan pakar dan umum buat mereka, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah bekerjasama untuk membangunkan latihan di bawah program Bersamamu itu dan akan melancarkannya bulan depan.



"Saya yakin ia akan meningkatkan keupayaan kadi dan naib kadi sebagai mentor dalam membantu pasangan membangunkan keluarga kukuh, dan untuk melihat bagaimana kita dapat mengukuhkan mereka bersama," kata Dr Faishal yang mengendalikan bidang tumpuan pertama (FA1) M Kuasa Tiga (M³) berkenaan perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.



Beliau menerangkan, laluan umum akan melengkapi kadi dan naib kadi dengan kemahiran dan keupayaan untuk mendekati pasangan dan bercakap tentang isu berkaitan keluarga.



Laluan pakar pula akan membangunkan pemacu program Bersamamu yang akan dapat membimbing kadi dan naib kadi, dan menjadi tempat rujukan bagi isu perkahwinan yang rumit.



"Muis, MSF dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) sedang bekerjasama untuk membawa masuk jenis latihan berbeza yang sedia ada, dan membangunkan latihan yang baru untuk melengkapi kadi dan naib kadi dalam dua laluan itu," kata Dr Faishal.



Program Bersamamu bertujuan mendorong perkahwinan yang kukuh dan stabil dengan menyediakan sokongan kepada pasangan sebelum dan hingga dua tahun selepas pernikahan.



Ia telah memberi manfaat kepada lebih 6,000 pasangan sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu.



Dr Faishal berkata memandangkan bilangan pasangan yang mengikuti program itu akan bertambah, lebih ramai relawan akan disediakan untuk memberi nasihat dan bimbingan berhubung isu berkaitan keluarga.



Pasangan yang memerlukan lebih banyak sokongan akan terus dibimbing kadi dan naib kadi.



Dr Faishal, yang juga mengendalikan bidang tumpuan kedua (FA2) berkenaan membantu keluarga dan individu berisiko, berkata lebih ramai relawan juga akan didapatkan bagi program Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) kerana ia akan diluaskan ke lebih banyak kawasan di Singapura.



Buat masa ini program tersebut dijalankan di Masjid En-Naeem di Hougang.



Lebih 386 relawan telah direkrut untuk menyokong pesalah dan bekas pesalah sejauh ini, terdiri daripada pendamping masyarakat dan kaunselor keagamaan.



Sejumlah 447 keluarga telah meraih manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan Fitrah sejak ia dilancarkan Mei tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >