Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Pupuk minat anak pada bahasa, budaya Melayu sejak di prasekolah

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



PRASEKOLAH, masyarakat dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam usaha memupuk minat anak-anak muda terhadap penggunaan bahasa dan pembelajaran budaya Melayu sejak usia kecil lagi, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau berkata penting mendedahkan anak-anak kecil kepada pembelajaran bahasa dan budaya Melayu dari prasekolah lagi supaya mereka selesa dengan pembelajaran bahasa itu apabila melangkahkan kaki ke sekolah rendah dan dapat mengenali tradisi serta budaya dengan lebih mendalam.



"Bahasa dan budaya Melayu banyak kebaikan dan ciri-ciri yang mulia. Kalau mereka membesar tanpa mengenali bahasa dan budaya, lama kelamaan (mereka akan) lupa pada bahasa dan budaya.



"Pada masa akan datang, mereka mungkin tahu ada Melayu, ada beberapa perkataan yang mereka tahu dalam bahasa Melayu tetapi pendirian, gaya hidup, dan ciri-ciri keaslian Melayu itu akan hilang," kata beliau.



Dr Faishal berkata demikian semasa berucap di Sesi Rangkaian bersama Guru Prasekolah bagi menggalak pembelajaran bahasa dan budaya Melayu di The Grassroots' Club di Ang Mo Kio, semalam.



Sesi itu dianjurkan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dan Kumpulan Kerja Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB).



Sekitar 80 peserta, yang terdiri daripada relawan akar umbi MAEC dan guru prasekolah Melayu daripada pengendali prasekolah berlainan, mengambil bahagian dalam sesi tersebut.



Dr Faishal berkata lebih banyak usaha akan dilakarkan bagi memberi peluang kepada anak-anak Melayu belajar bahasa Melayu di prasekolah.



Usaha juga akan dilaksanakan demi membolehkan guru bahasa Melayu di prasekolah menjalani latihan bagi mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan mereka dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.



Selain itu, Dr Faishal berkata kerjasama antara pengendali prasekolah, pemerintah dan badan akar umbi, seperti MAEC dan Mesra, akan terus meningkat, dengan beliau menggalak semua pihak bekerjasama bagi menganjurkan lebih banyak kegiatan dan pendekatan di luar prasekolah.



Ini supaya anak-anak Melayu boleh meraih pengalaman yang menambah nilai kepada pembelajaran mereka di sekolah.



"Sama-sama kita boleh membangunkan satu generasi yang bukan saja mempunyai pendidikan yang tinggi dan baik, malah satu generasi yang mempunyai jati diri Melayu di Singapura," kata beliau.



Seorang peserta di sesi rangkaian itu, naib pengerusi MAEC Bukit Batok East, Encik Fadial Jamaludin, berkata sesi itu membolehkan MAEC dan prasekolah sama-sama mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan dan jurang dalam kerjasama mereka.



"Kalau kekurangan ini dapat diatasi, ia akan dapat menjana program yang lebih baik untuk memantapkan lagi pembelajaran bahasa Melayu di Singapura," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >