Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: ROMM, masjid pastikan majlis akad nikah dijalankan dengan selamat

Jun 03, 2020 | 10:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menghargai usaha dan pengorbanan masyarakat Melayu/Islam dalam melawan Covid-19.



Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata:



"Covid-19 telah membawa banyak cabaran kepada rakyat Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam. Pasangan yang ingin bernikah terpaksa mengubah perancangan mereka. Pernikahan merupakan peristiwa yang penting dalam kehidupan, dan saya amat menghargai pengorbanan mereka demi melawan Covid-19.



"ROMM (Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam) dan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) telah bekerja rapat untuk memenuhi keperluan pasangan-pasangan ini. Sejak Mei, berdasarkan panduan Pejabat Mufti, pasangan Islam boleh menjalani akad nikah secara dalam talian."



Bermula semalam, pasangan juga boleh menjalani akad nikah secara bersemuka di ROMM. Mulai 13 Jun 2020, pasangan juga boleh mengadakan akad nikah di 14 buah masjid. Masjid-masjid itu ialah:



1. Al-Islah

2. Al-Istighfar

3. Alkaff Kampung Melayu

4. Darul Ghufran

5. An-Nahdhah

6. An-Nur

7. Assyafaah

8. Darul Makmur

9. Yusof Ishak

10. Al-Falah

11. Al-Iman

12. Al-Mukminin

13. Assyakirin

14. Darussalam



"ROMM dan masjid-masjid akan memastikan majlis akad nikah dijalankan dengan selamat untuk mencegah penularan Covid-19. Hanya 10 orang (tidak termasuk Kadi atau Naib Kadi) dibenarkan hadir. Para saksi boleh terdiri daripada mereka yang bukan anggota keluarga pasangan itu, tetapi hadirin yang lain harus terdiri daripada anggota keluarga terdekat pasangan sahaja. Mereka harus mematuhi langkah berjaga-jaga yang ditetapkan ROMM dan Muis.



"Saya menggalakkan pasangan agar pertimbangkan akad nikah secara dalam talian, kerana pilihan ini lebih selamat bagi semua. Lebih ramai anggota keluarga dapat ‘menyaksikan’ majlis tersebut melalui dalam talian. Slot pernikahan di ROMM dan masjid-masjid juga terhad. Anda boleh rujuk kepada ROMM atau Naib Kadi anda mengenai slot yang ada dan langkah pengurusan selamat yang ditetapkan.



"Ramai pasangan juga ingin sesi Bersamamu secara bersemuka diadakan semula, kerana ianya amat bermanfaat. Para naib kadi akan teruskan sesi Bersamamu dalam talian, dan kami akan mulakan sesi Bersamamu di masjid-masjid tertentu secara bertahap-tahap. Langkah pengurusan selamat juga harus dipatuhi.



Dalam mengharungi Covid-19, masyarakat kita telah menunjukkan daya tahan dan mengamalkan norma-norma baru dalam kehidupan seharian. Namun, kita harus ingat bahawa perjuangan kita belum berakhir. Marilah kita terus mainkan peranan untuk menjaga keselamatan kita semua!," katanya mengakhiri catatan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >