Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal sanjungi jasa bakti kadi dan naib kadi mapan di S'pura

Feb 12, 2022 | 02:43 PM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, pada Sabtu (12 Feb) menyanjung jasa bakti kadi dan naib kadi mapan dalam memperkukuh perkahwinan dan keluarga di Singapura.



Baru-baru ini, Dr Faishal telah menemui sekumpulan lapan kadi dan naib kadi, yang jika digabung pengalaman mereka, telah berkhidmat lebih 300 tahun dalam peranan itu.



“Di samping itu, mereka adalah ulama yang dihormati dan telah membimbing masyarakat Islam sepanjang ini dengan ilmu dan kebijaksanaan mereka,” kata Dr Faishal dalam satu catatan di media sosial pada Sabtu.



Antara kadi yang ditemuinya termasuk Ustaz Pasuni Maulan, Ustaz Sallim Jasman dan Ustaz Noor Rawi, yang telah berkongsi pengalaman dan pandangan mereka berkenaan usaha membimbing pasangan.







Sebagai contoh, Ustaz Sallim, yang merupakan mantan Presiden Kanan di Mahkamah Syariah dan juga seorang Kadi, berkongsi tentang usaha sesetengah Kadi dan Naib Kadi mendampingi pasangan sejak sebelum adanya program Bersamamu.



Dilancarkan pada 2019, program tersebut menyediakan sokongan menyeluruh kepada pasangan baru.



Menurut Ustaz Sallim, ramai pasangan dan ibu bapa mengalu-alukan program itu setelah ia dirasmikan.



Dr Faishal turut memberi contoh Ustaz Noor Rawi yang telah memberi khidmat kaunseling agama di Perkhidmatan Penjara Singapura selama lebih 15 tahun.



Dalam pertemuan dengan Dr Faishal, Ustaz Noor Rawi pula mengongsi pengalamannya melihat keluarga berpecah-belah terutama apabila seorang anggota keluarga yang berpengaruh dipenjarakan.



Pengalaman tersebut lebih meyakinkan Ustaz Noor Rawi bahawa perkahwinan yang kukuh merupakan asas bagi keluarga yang kukuh, kata Dr Faishal.







“Setelah mendengar perkongsian Kadi dan Naib Kadi mapan yang hadir pada hari itu, saya rasa bersyukur dan sangat rendah hati terhadap dedikasi mereka untuk terus berkhidmat sambil membimbing Kadi dan Naib Kadi yang baru.



“(Program) Bersamamu telah dapat mencapai kejayaan ini dengan sokongan padu daripada asatizah mapan masyarakat.



“Ini terbukti melalui komitmen mereka untuk turut menjalani latihan khusus bagi memberikan sokongan pastoral untuk pasangan mereka,” ujar Dr Faishal.



Dilaporkan pada November tahun lalu, lebih 13,000 pasangan telah dibimbing sejak program itu dilancarkan pada 2019.



Selain menghargai Kadi dan Naib Kadi, Dr Faishal turut berterima kasih kepada Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), serta badan-badan M Kuasa Tiga (M3) atas sokongan berterusan terhadap program Bersamamu itu.



“Saya menggalakkan semua pasangan yang baru berkahwin untuk menghubungi Kadi dan Naib Kadi anda sekiranya anda memerlukan sokongan semasa perjalanan anda dalam dua tahun pertama perkahwinan anda,” kata Dr Faishal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >