Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Singapura komited pertingkat penyertaan wanita dalam ekonomi

Oct 05, 2019 | 01:40 PM



SINGAPURA komited untuk mempertingkat penyertaan wanita dalam ekonomi dan ingin menggalakkan suasana yang memberi keupayaan untuk mereka memaksimakan potensi ekonomi sambil menguruskan keluarga dan juga aspirasi kerjaya. 



Antara langkah yang sedang diusahakan adalah untuk memperbaiki perwakilan wanita dalam lembaga, bukan sahaja dalam sektor swasta tetap juga dalam sektor masyarakat dan awam. 



Ini diterajui Majlis Kepelbagaian dalam Lembaga yang dimulakan pemerintah tahun ini, dengan bantuan dari inisiatif ‘BoardAgender’ oleh Majlis Persatuan Wanita Singapura yang menggalakkan pembentukan lembaga yang lebih seimbang melalui dialog-dialog yang bermakna. 



Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam ucapannya semasa Forum Wanita dan Ekonomi (WEF) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di La Serena, Chile baru-baru ini.



APEC-WEF merupakan pertemuan antara pemimpin dari sektor awam, swasta, bukan-pemerintah dan juga akademik untuk membincangkan keupayaan wanita dalam ekonomi Apec. 



Profesor Faishal turut berkongsi pengalaman Singapura menyediakan akses dan galakan yang seimbang dalam pendidikan kepada kededua pelajar lelaki dan wanita, terutama sekali dalam industri sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem). 



“Program Pembelajaran yang Diaplikasikan dalam Stem membolehkan pelajar sekolah menengah untuk mengguonakan pengetahuan Stem dalam menyelesaikan masalah di dunia dan berinteraksi dengan karyawan industri. 



“Kami berharap untuk menghentukan stereotaip jantina dengan mendedahkan kededua pelajar wanita dan lelaki kepada kerjaya Stem pada usia muda,” katanya. 



Profesor Faishal turut berkongsi langkah lain yang diambil perintah termasuk aturan kerja yang lebih fleksibel untuk memudahkan wanita yang perlu mengimbangi keluarga dan kerjaya. 



Dalam panel perbincangan dengan wakil awam dan swasta dari Chile, beliau telah berkongsi tentang mengurangkan jurang jantina di ruang digital dan memastikan semua warga Singapura mempunyai akses kepada teknologi. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >