Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Usaha sebar mesej antidadah perlu diterus, atasi pengaruh media sosial

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak langkah pencegahan perlu diambil untuk memastikan rakyat Singapura, terutamanya golongan belia, tidak tertarik untuk mencuba dadah, dengan mereka terdedak kepada mesej yang bercanggah di media sosial, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini walaupun masyarakat Melayu telah mencapai kemajuan yang besar dan menyaksikan penurunan dalam kalangan pesalah dadah baru.



"Ibu bapa, masyarakat dan rakan-rakan memainkan peranan penting untuk mendidik dan memantau anak atau rakan mereka supaya tidak terjebak dalam dadah."



"Sebagai contoh, apabila seorang belia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada keluarganya, mereka mungkin mencari cinta dan keselesaan daripada orang luar yang mungkin tidak mempunyai niat baik," kata Dr Faishal lagi.



Dr Faishal bercakap demikian di acara Dadah Itu Haram (DIH) di Masjid Hang Jebat pada 18 Mac.



Acara itu, yang dijayakan bersama oleh masjid dan Biro Narkotik Pusat (CNB) adalah sebahagian usaha mendekati masjid dan beliau yang dinamakan "Be Smart, Don't Start".



Ia turut melibatkan dua masjid lain, iaitu Masjid Hussein Sulaiman di Pasir Panjang Road dan Masjid Ahmad di Lorong Sarhad.



Di acara itu, sekitar 40 peserta yang hadir mendengar taklimat dan menyaksikan sketsa yang menunjukkan bagaimana remaja boleh terjebak dengan dadah jika kurang sokongan dan kasih sayang keluarga.



Peserta juga diberi peluang mengunjungi tiga pondok interaktif di mana mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai dadah dan bahaya menggunakannya.



Perangkaan tahunan yang dikeluarkan Biro Norkotik Pusat (CNB) pada Februari menunjukkan jumlah pesalah dadah baru daripada masyarakat Melayu mencatat kadar penurunan paling banyak berbanding kaum lain.



Jumlah pesalah dadah Melayu berkurangan 21 peratus daripada 366 pada 2021 kepada 289 pada 2022.



Di acara itu, Dr Faishal menekankan peri penting peranan DIH dalam usaha pencegahan dadah supaya masyarakat dapat terus maju dan elakkan diri daripada kemusnahan dan masalah kesihatan.



Seorang bekas penagih, Encik Ramli Abdullah, 49 tahun, yang turut menyertai acara DIH itu berkata mesej anti-dadah penting, terutama untuk melindungi belia, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).



Beliau, yang mengasaskan Reforming Support Group (RSG) bagi menyokong pemulihan pesalah dadah di sini, pernah dipenjara kerana menggunakan dadah.



"Golongan belia adalah masa depan kita, dan saya tidak mahu mereka mengalami nasib seperti saya.



Justeru dengan sesi antidadah yang diadakan di Masjid ini, kami boleh menyebar mesej antidadah sambil mengaitkan ilmu agama," tambahnya.



Kempen DIH dilancarkan dengan kerjasama CNB pada April 2017 dan antara lain, adalah usaha dalam masyarakat yang menyebar mesej antidadah dengan kerjasama masjid dan kedai gunting rambut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >