Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fakta tidak tepat ditemui dalam laporan Financial Times tentang pengeluaran karbon S'pura

May 04, 2021 | 07:47 PM



SINGAPURA telah mengambil langkah ketara untuk mengekang pertumbuhan pengeluaran karbon, dengan intensiti pengeluarannya kini antara 20 terendah di dunia.



Ia berharap untuk dapat mencapai kemuncak pengeluaran menjelang 2030, kemudian mengurangkan pengeluaran sebanyak separuh menjelang 2050, dan mengurangkan baki separuh secepat mungkin, kata Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS) dalam Kumpulan Strategi Group, Pejabat Perdana Menteri, pada Selasa (4 Mei) ketika menyangkal satu laporan Financial Times (FT) yang mendakwa bahawa Singapura ketinggalan di belakang kebanyakan negara maju yang kaya dalam mengurangkan pertumbuhan pengeluaran karbon.



Dalam penjelasan yang diterbitkan di laman pemerintah yang memeriksa fakta, Factually, NCCS berkata dalam satu artikel yang diterbitkan pada 12 Mac, "Singapura gagal mengikuti kemajuan negara kaya lain berhubung pengeluaran karbon", FT juga mendakwa pengeluaran karbon Singapura diperburuk lagi oleh penebangan hutan , yang menyebabkan negara itu beralih daripada menjadi penyerap karbon bersih ke pengeluar bersih dari 2012 hingga 2014.



Walaupun pemerintah telah menulis kepada FT pada 19 Mac, FT belum menerbitkan respons tersebut.



Artikel Factually itu mengutarakan tiga ketidaktepatan dalam laporan tersebut.



Pertama, Indeks Prestasi Alam Sekitar yang ditukil dalam artikel itu menggunakan anggaran pengeluaran karbon dioksida (CO2) Singapura yang salah pada tahun 2017 sebanyak 77.5 juta tan.



Ini adalah 28.4 juta tan atau 58 peratus lebih tinggi daripada catatan rasmi untuk tahun yang sama iaitu 49.1 juta tan, yang tertera di laman Singstat.



Kedua, dakwaan bahawa kadar pertumbuhan pengeluaran Singapura "telah diperburuk lagi oleh penebangan hutan" juga salah.



Berdasarkan catatan rasmi terkini pada 2016, pengeluaran CO2 daripada perubahan penggunaan tanah menyumbang hanya 0.02 peratus jumlah pengeluaran CO2 Singapura.



Ketiga, artikel FT itu mengaitkan pengurangan pertumbuhan pengeluaran negara maju yang kaya dengan peralihan mereka daripada arang batu, dan berkata Singapura gagal mengikuti kemajuan mereka.



"Kenyataannya adalah pergantungan Singapura pada arang batu sangat rendah sejak kemerdekaan; sejak awal 2000-an, negara itu juga mulai beralih daripada minyak bahan bakar ke gas asli yang lebih bersih untuk penjanaan tenaga. Hari ini, batu arang membentuk kurang 2 peratus keupayaan penjanaan kuasa Singapura," kata NCCS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >