Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Faktor luaran dorong ringgit jatuh: Bank Negara M'sia

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata kejatuhan ringgit sebanyak 4.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat dan 2.4 peratus berbanding dolar Singapura tahun ini sebahagian besarnya didorong faktor luaran.



"Ringgit Malaysia fleksibel dan ditentukan oleh pasaran. Fleksibiliti ini adalah mekanisme utama untuk membantu kami menyesuaikan dengan perubahan perkembangan ekonomi dan kewangan global, dengan mengubah harga relatif barangan dan perkhidmatan kita.



"Oleh itu, ringgit yang rendah berbanding dolar AS sebanyak 4.4 peratus dan dolar Singapura sebanyak 2.4 peratus pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran.



"Pertama, dolar AS meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau berikutan Rizab Persekutuan AS dijangka menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif untuk menguruskan inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat, sebanyak 8.5 peratus pada Mac, didorong pertumbuhan kukuh dan keadaan pasaran buruh," ujar Tan Sri Nor Shamsiah dalam satu temu bual eksklusif bersama agensi berita Bernama.



Beliau berkata ini juga menyebabkan pengurus portfolio global memperuntuk semula pelaburan mereka dalam aset yang menjana hasil lebih tinggi di Amerika.



"Kami melihat ini di seluruh dunia. Menamakan beberapa mata wang, yen Jepun merosot sebanyak 10.4 peratus berbanding dolar AS, pound UK sebanyak 7.3 peratus, won Korea Selatan sebanyak 6.0 peratus dan baht Thailand sebanyak 2.7 peratus.



"Penguasa Kewangan Singapura (MAS) turut mengetatkan dasar kewangannya berikutan kadar inflasi mencapai paras tertinggi sebanyak 5.4 peratus pada Mac.



"Kedua, kebimbangan pelabur mengenai konflik di Ukraine dan tanda-tanda momentum pertumbuhan global lembap turut menyumbang kepada permintaan lebih tinggi bagi aset dalam denominasi dolar AS berikutan ia dianggap sebagai mata wang yang lebih selamat.



"Ini juga dikenali sebagai 'flight to safety'. VIX, atau 'indeks kebimbangan' pelabur meningkat kepada 31 mata (27 April) berbanding pada purata 18 mata.



"IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) telah menyemak unjuran pertumbuhan globalnya sebanyak dua kali tahun ini (dan ini baru April), dengan pertumbuhan pada 2022 disemak kepada 3.6 peratus (sebelum ini 4.4 peratus)," katanya lagi.



Kenyataan Tan Sri Nor Shamsiah itu dibuat sedang nilai ringgit melantun semula dan dibuka agak tinggi pagi semalam berbanding dolar AS selepas mencatat penurunan dua hari berturut-turut.



Pada 9.16 pagi semalam, ringgit berada pada paras 4.3550/3595 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3630/3650.



Berbanding dolar Singapura ringgit didagangkan pada 3.1474/1508.



Tan Sri Nor Shamsiah juga berkata kelemahan ringgit turut dipengaruhi kebimbangan ketara mengenai kelembapan ekonomi di China, terutamanya menyusuli pelaksanaan sekatan Covid-19 di bandar-bandar utama negara itu baru-baru ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >