Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faktor risiko, gejala dan diagnosis

Mar 14, 2022 | 05:30 AM



BARAH prostat adalah penyakit yang perlahan berkembang dan sering dikesan apabila ia berada di peringkat lanjut, menurut Jabatan Urologi dari Hospital Besar Singapura (SGH).



Kanser prostat adalah penyakit di mana sel-sel malignan (barah) terbentuk dalam tisu prostat. Ia adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi oleh kalangan lelaki Singapura dan kanser paling kerap dihidapi oleh kalangan lelaki Amerika.



FAKTOR RISIKO BARAH PROSTAT



Barah prostat kebanyakannya dikesan pada lelaki yang lebih tua berumur 50 tahun ke atas. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser prostat berisiko lebih tinggi.



GEJALA KANSER PROSTAT



Kanser prostat awal biasanya tanpa gejala. Gejala barah ini biasanya muncul pada peringkat lanjutan apabila tumor membesar dan menyempitkan uretra (laluan air kencing) dan merebak ke organ lain.



Gejala berikut adalah tidak khusus dan mungkin juga disebabkan oleh keadaan jinak atau benign (bukan kanser) seperti hiperplasia prostat jinak dan prostatitis. Ia termasuk:



- Aliran air kencing yang lemah atau terganggu;



- Kerap membuang air kecil (terutama pada waktu malam);



- Kesukaran membuang air kecil;



- Sakit atau terasa panas semasa membuang air kecil;



- Darah dalam air kencing atau air mani;



- Sakit di bahagian belakang, pinggul atau pelvis;



- Ejakulasi yang menyakitkan.



4 CARA KANSER PROSTAT DIDIAGNOSIS



Beberapa parameter luar biasa, termasuk penemuan klinikal dan ujian diagnostik makmal bagi kanser, boleh membantu untuk mendiagnosis kanser prostat:



1. Pemeriksaan rektum digital yang tidak normal (DRE)



Doktor atau jururawat memeriksa prostat dengan memasukkan jari yang dilincirkan dan disarung, ke dalam rektum dan merasakan prostat melalui dinding rektum untuk ketulan atau kawasan yang tidak normal.



2. Peningkatan paras Antigen Spesifik Prostat (PSA) dalam darah



PSA, bahan yang dibuat oleh prostat, boleh didapati dalam jumlah yang meningkat pada darah lelaki yang menghidap kanser prostat. Tahap PSA mungkin juga tinggi bagi lelaki yang mempunyai jangkitan, keradangan atau kelenjar bukan kanser yang membesar.



3. Biopsi prostat berpandukan ultrabunyi transrectal atau transperineal yang menunjukkan kehadiran sel-sel kanser



Ini adalah prosedur di mana 'probe' ultrabunyi sebesar jari dimasukkan ke dalam rektum untuk memeriksa prostat. 'Probe' ini digunakan untuk melantunkan gelombang bunyi bertenaga tinggi (ultrabunyi) dari tisu dalaman dan membuat gema. Sel dikeluarkan dengan jarum nipis di bawah anestetik tempatan dan dilihat di bawah mikroskop oleh ahli patologi.



4. MRI pelvis



Ini adalah imbasan terperinci pelvis yang membantu mengenal pasti tahap penglibatan kanser dalam kelenjar prostat atau nodus limfa di sekelilingnya. Imbasan MRI boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas pengesahan biopsi kanser.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >