SELEPAS setahun gempa bumi menggegarkan Gunung Kinabalu, mengorbankan dan mencederakan sekumpulan pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), sekumpulan ibu bapa dan anggota keluarga terdekat pelajar yang terkorban dan yang terselamat kembali ke tapak tragedi itu.
Sekitar 20 orang berlepas ke Sabah pagi semalam untuk menyempurnakan matlamat yang tidak dapat dilaksanakan anak mereka, iaitu mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu.