Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ANUGERAH JAUHARI SEPANJANG HAYAT

Fandi Ahmad tinggalkan legasi

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



SEJARAH bola sepak Singapura tidak akan lengkap jika nama Fandi Ahmad tidak tersenarai dalam catatan 'Hall of Fame' dan menjadi antara pemain yang paling berjaya dalam arena sukan negara.



Pencapaian yang diraihnya sepanjang berkecimpung dalam sukan kegemaran ramai menjadi sumber inspirasi kepada bakat muda yang mahu mengikut jejak langkahnya.



Nama Fandi Ahmad bukan sahaja dikenali di rantau ini, malah di kalangan penyokong sejauh Eropah. Fandi tampil sebagai pemain pertama Singapura meneroka bola sepak profesional di Eropah apabila menyertai kelab Belanda, FC Groningen, pada 1983.



Siapa dapat melupakan gol kemenangan seorang 'budak kampung' yang merantau jauh hanya untuk merealisasikan impiannya bermain di Eropah bersama FC Groningen, ketika menentang kelab gergasi Italy, Inter Milan, pada perlawanan pusingan kedua Piala Uefa pada 1983.



Terbukti, bakat muda setempat itu mempunyai semangat jiwa 'seekor singa' yang tidak gementar meskipun harus berhadapan pemain handalan dunia seperti Walter Zenga, Alessandro Altobelli dan Giuseppe Bergomi ketika perlawanan yang terpahat dalam memorinya sehingga kini.



"Perlawanan tersebut merupakan satu perlawanan yang tidak saya dapat lupakan kerana saya dapat beraksi dalam tahap yang tertinggi di Eropah dan menjaringkan gol menentang Inter Milan yang penuh dengan pemain handal dari Italy.



"Sebelum ini kami hanya dapat memuja pemain ini di televisyen tetapi apabila dapat beraksi di samping mereka dan mereka membuat 'tackle' dan segalanya, ia merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Saya ingat lagi saya disiku Salvatore Bagni pada perlawanan itu," kata Fandi yang ditukil daripada laman bola sepak Four Four Two.



Namun, ternyata sehingga hari ini skuad bola sepak Singapura masih lagi belum menemukan bintang yang mampu menyinari seluruh stadium dengan aksi yang mampu memukau setiap penyokong yang berada di situ seperti apa yang pernah dilakukan lagenda bola sepak negara itu sebelum ini.



Pemain yang disegani ramai itu tetap berpendirian Singapura masih mampu melahirkan bakat pemain yang mampu menandingi pencapaian beliau.



"Saya berharap satu hari nanti kita dapat melihat lebih ramai pemain setempat beraksi di luar negara seperti di Eropah.



"Kita perlu memberi peluang kepada pemain yang berbakat mengasah bakat mereka di luar negara, jadi apabila mereka kembali ke skuad negara, mereka mampu menjadi pemain yang baik. Ini adalah antara cara yang dilakukan kebanyakan negara, dan dengan cara ini mudah-mudahan kita dapat meningkatkan lagi prestasi bola sepak di sini," ujar bapa lima anak itu, yang dua anak lelakinya, Irfan dan Ikhsan, mengikut jejak langkah bapa mereka.



Dikenali ramai dengan sentuhan emasnya apabila berada di depan gawang Fandi telah membantu kelab negara, Singapore FA, menjulang mahkhota termasuk Piala Malaysia pada 1994.



Kejayaan pasukan negara ketika itu diibaratkan sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat sukan negara sehingga mendapat gelaran 'The Dream Team'.



Fandi bahkan meninggalkan sebuah legasi yang menyaksikan beliau berjuang memekarkan nama Singapura di persada sukan bola sepak di rantau ini.



Walaupun sudah sekian lama "menggantung but" daripada beraksi secara kompetitif pada 1999 - kali terakhir bersama kelab bola sepak Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC) yang kini lebih dikenali sebagai Warriors FC - Fandi berkhidmat sebagai pembantu jurulatih kepada Vincent Subramaniam untuk temasya Sukan SEA 1999 di Brunei.



Perjuangan Fandi dan cintanya pada bola sepak dan Singapura masih jelas dapat dilihat apabila beliau menyahut cabaran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memimpin skuad belia dalam Sukan Asia 2018 dan 2019 serta Sukan SEA 2021.



Matlamat utama jurulatih berusia 55 tahun itu adalah melayakkan pasukan negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Atas sumbangan beliau yang tidak terhingga kepada sukan negara, baru-baru ini Fandi telah diiktiraf dengan Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat Berita Harian 2017.



Beliau merupakan salah seorang daripada dua penerima anugerah tersebut yang turut diberikan kepada legenda muzik setempat Ramli Sarip.



Fandi tidak dapat dihubungi selepas majlis penyampaian anugerah itu yang berlangsung Rabu lalu, namun beliau sempat menyampaikan penghargaannya sebelum berangkat ke Doha, Qatar, bersama skuad negara minggu lalu.



Beliau berkata: "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Berita Harian kerana penghargaan ini kepada saya. Ia merupakan satu anugerah yang tidak saya jangkakan.



"Dengan anugerah ini, saya berharap dapat membantu lebih ramai anak muda mencapai tahap yang diiginkan sebagai pemain bola sepak dan apa jua yang mereka lakukan.



"Ini merupakan satu anugerah yang amat istimewa dalam perjalanan kerjaya saya."



Anugerah tersebut telah diterima oleh isterinya, Cik Wendy Jacobs, yang cukup berbangga dengan pencapaian dan pengikirafan itu bagi pihak suami tercinta.



"Selepas melihat reaksinya tentang mendapat anugerah ini, saya fikir beliau sangat gembira kerana dapat menerima anugerah seperti ini meskipun pada usia yang meningkat.



"Sebagai isterinya, saya dapat melihat bahawa apabila beliau ingin membantu seseorang beliau tidak hanya akan memberikan 10 peratus ataupun 50 peratus, bahkan beliau akan memberikan yang terbaik.



"Menerima anugerah seperti ini daripada akhbar yang telah mengikut perjalanan kerjayanya daripada mula hingga kini, saya berasa amat berbangga dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan," ujar Cik Jacobs.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >