Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fandi akan tinggalkan FAS untuk sertai Pahang?

Sep 07, 2016 | 08:01 AM



LEGENDA bola sepak Fandi Ahmad dilaporkan hampir meninggalkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kerana mendapat tawaran lumayan daripada FA Pahang.



Menurut akhbar The Straits Times, FAS akan bertemu Fandi Ahmad pada Khamis (8 Sep) dalam usaha terakhirnya memastikan beliau kekal bersama mereka.



Pahang menetapkan Jumaat (9 Sep) sebagai tarikh akhir untuk Fandi menerima tawaran mereka.



Fandi bermain bagi Pahang, yang sekarang sebuah pasukan Liga Super Malaysia (MSL), pada 1991-1992, memenangi kejuaraan berganda Liga dan Piala Malaysia pada 1992.



Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan presiden FA Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.



Fandi, 54 tahun, kini berada di Indonesia bagi misi mencari bakat.



Kontraknya bersama FAS sebagai jurulatih pasukan LionsXII, yang kini sudah dibubar, tamat pada Disember.



Jurucakap FAS berkata pada Selasa malam: "FAS telah mengadakan perbincangan dengan Fandi selama beberapa bulan. Kami melihat Fandi terus memainkan peranan penting dalam bola sepak Singapura tetapi terlalu awal untuk mengulas keana perbincangan kami masih berjalan."



Dipercayai bahawa Fandi, yang kini membantu jurulatih sementara kebangsaan, V. Sundramoorthy, dengan pasukan senior, lebih suka terus bersama FAS tetapi hanya jika FAS menyokong rancangan jangka panjangnya bagi pasukan belia kebangsaan, berbanding beberapa kejohanan besar, hingga ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Bagaimanapun, beliau tidak diberi jaminan itu dalam mesyuarat awal dengan pegawai FAS.



Menurut sumber, Fandi tertarik pada Pahang kerana beliau dijanjikan sokongan penuh daripada kelab itu berhubung keputusan bola sepak.



Setiausaha Agung Pahang, Fuz Zemi Ibrahim, cuba meredakan spekulasi itu pada Selasa. Beliau memberitahu The Straits Times: "Fandi masih mempunyai kontrak dengan FAS. Tetapi ya, beliau mempunyai hubungan baik dengan presiden kami."



Kemuncak pencapaian Fandi bersama LionsXII ialah Mei tahun lalu apabila beliau memenangi Piala FA Malaysia. LionsXII tidak dibenarkan menyertai MSL selepas kempen tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >