Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fandi bimbing dan semai nilai positif dalam bakat muda

Aug 06, 2018 | 05:30 AM



MEREKA menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dalam mengikuti segala arahan yang diberikan.



Lebih-lebih lagi arahan yang diberikan itu bukan daripada sebarang orang, tetapi daripada legenda bola sepak negara Fandi Ahmad.



Seramai 20 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio itu telah diberi peluang menyertai satu klinik bola sepak khas yang dikendalikan oleh jurulatih Young Lions itu.



Menerusi sesi sejam yang diadakan di Padang semalam, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun itu telah diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh Fandi sambil dibantu oleh dua anaknya, Ikhsan, 18 tahun dan Ilhan, 15 tahun.



Ilhan - anak lelaki ketiga Fandi - kini menuntut dan menjalani latihan di Kolej Queen Ethelburga di Britain sejak September tahun lalu manakala Ikhsan merupakan penyerang kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Young Lions.



Sambil menunjukkan kemahiran mereka, kededua beradik itu mengajar peserta kanak-kanak yang hadir bagaimana menggelecek dan menendang bola.



Klinik tersebut merupakan sebahagian daripada acara AsiaCup - pertandingan bola sepak dan kumpulan sorak yang dianjurkan untuk kakitangan syarikat penghantaran global DHL dari rantau ini.



Mengulas tentang acara tersebut, Fandi berkata:



"Bola sepak mengajar seseorang mengenai kemahiran yang berharga yang dapat diterapkan dalam diri mereka seperti ketekunan, kerja berpasukan dan disiplin.



"Oleh itu saya gembira dapat bekerjasama dengan DHL dalam mengendalikan klinik eksklusif ini.



"Menerusi klinik bola sepak ini juga, saya berharap dapat menyemai dalam diri mereka kepentingan nilai-nilai ini serta menggalak mereka untuk terus mengejar impian selain mengingatkan mereka bahawa mereka boleh berjaya dalam apa jua perkara yang mereka inginkan."



Kanak-kanak tersebut juga telah diberi perkongsian istimewa oleh bekas pemain pertahanan pasukan Manchester United, Wes Brown yang dijemput khas oleh DHL.



Selain mengongsi tentang perjalanan beliau sebagai pemain bola sepak profesional dalam Liga Perdana England (EPL) bersama antara kelab terkemuka dunia, Brown juga telah memberi nasihat dan dorongan untuk pemain muda tersebut.



DHL merupakan rakan logistik rasmi United.



Dalam pada itu, DHL Express juga telah mendermakan $15,000 kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STPMF).



Cek disampaikan ketua pegawai eksekutif (CEO) DHL Express Asia, Encik Ken Lee kepada Pengurus Besar dana tersebut, Cik Tan Bee Heong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >