Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fandi, FAS mohon maaf atas komen kurang sensitif terhadap wartawan Sikh

Pengguna media sosial berpendapat berbelah bagi, tapi ramai beri sokongan kepada Fandi.
Sep 14, 2018 | 10:41 AM



 



 



FANDI Ahmad, jurulatih pasukan nasional dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pada Khamis (13 September) telah memohon maaf kepada seorang wartawan bangsa Sikh dan Lembaga Penasihat Masyarakat Sikh (SAB) kerana hujahnya dalam sidang media baru-baru ini.



Dalam kenyataan yang diterbitkan di laman webnya, FAS berkata ia berasa kesal kerana hujah Fandi kepada wartawan The New Paper Encik Dilenjit Singh, di sidang media bagi perlawanan persahabatan antara Singapura dengan Mauritius pada 6 September itu telah melukai perasaan anggota masyarakat Sikh.



“Fandi dan FAS telah menghubungi Encik Singh dan SAB untuk memberi penerangan, memperjelas keadaan dan memohon maaf. Encik Singh dengan baik hati telah menerima penerangan dan permohonan maaf kami. Perbincangan kami dengan SAB telah mendedahkan bahawa komen seperti itu boleh melukai masyarakat Sikh, walau ia tidak dibuat dengan sebarang niat untuk menganiaya,” kata FAS.



Di sidang media di Hotel Oasia itu, Encik Singh telah mengajukan soalan tentang cabaran Fandi mendorong pemainnya menunjukkan persembahan baik di padang, sedangkan Fandi sendiri akur bahawa kemahiran dan teknik pemain nasional berkurangan berbanding sesetengah pesaing lain di rantau ini.



Fandi, 56 tahun, yang dilantik sebagai jurulatih nasional sementara awal tahun ini, dilaporkan telah berkata:



“Kami bukan semuanya tidak baik… saya enggan mengecam sesiapa kerana sistem kita berbeza daripada yang lain… Anda tahu, jika saya berkata (yang sebenarnya) serban anda akan terbang… saya hendak beritahu anda, tetapi bukan sekarang, mungkin nanti, secara peribadi.”



Urutan kejadian itu boleh dilihat di laman petisyen change.org sejak Khamis (13 September) dan menarik hampir 300 penyokong.



Maklum balas pengguna media sosial tentang insiden ini berbelah-bagi, walau sebahagian besar berpihak kepada Fandi dan berkata beliau tidak seharusnya terus dikecam, terutama selepas memohon maaf. Fandi juga tidak berniat melukai sesiapa.



Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Fandi perlu bersikap lebih sensitif kepada perasaan kaum lain dalam negara berbilang kaum.



Pengguna Facebook Encik Sylvester Tan berkata: “Fandi sekadar bercakap secara santai… tetapi saya akur tempatnya salah untuk berbuat demikian. Saya tidak jangka beliau mempunyai sebarang niat untuk menganiaya sesiapa.”



Jess Kau pula berkata: “Pendirian orang berubah, beberapa stereotaip tidak lagi relevan… hujah santai dalam kumpulan tertutup tidak mendatangkan masalah, tetapi pada masa ini, terutama jika anda seorang tokoh awam, kesedaran sosial perlu diamalkan sentiasa dan anda Fandi perlu prihatin kepada apa yang dikatakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >