Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fandi: Piala Sultan Selangor peluang baik untuk fokus semula kepada bola sepak

May 05, 2017 | 06:32 PM



PERLAWANAN Piala Sultan Selangor (SOS) merupakan masa yang paling sesuai untuk menunjukkan kemegahan bola sepak Singapura dan mengembalikan semula semangat serta minat terhadap sukan tersebut.



Harapan tersebut dikongsi oleh ketua jurulatih Pasukan Pilihan Singapura Fandi Ahmad, ketika ditemui semasa sesi latihan pertama pasukan tersebut malam semalam.



Dengan pilihan raya Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang baru sahaja selesai, Fandi berkata bahawa beliau berharap perlawanan tersebut berpihak kepada mereka dan menunjukkan bahagian positif bola sepak Singapura.



"In merupakan kali pertama sejak Singapura menjadi tuan rumah kepada Piala Sultan Selangor pada 2009, untuk itu, ia detik yang bersejarah.



"Melalui perlawanan ini, kami ingin menghidupkan semula semangat mereka yang telah lama menyokong pasukan Singapura dan sekali lagi mendengar sorakan Kallang bergema," katanya.



Walaupun pertarungan dijangka sengit, Fandi berkata beliau percaya pemain yang terpilih akan memberikan yang terbaik.



Selain Fandi, Pasukan Pilihan Singapura turut dibimbing penolong jurulatih Nazri Nasir dan pengurus pasukan, Noh Alam Shah.



Bagi Noh Alam Shah, bekas penyerang nasional pasukan Singapura, ini merupakan kali pertama beliau turun padang selepas persaraannya pada 2015.



Bekas penyerang nasional yang kini bekerja di syarikat Komoco Motors berkata:



"Agak sukar untuk mengimbangi tugas menguruskan pasukan dan pekerjaan saya, tetapi ini juga merupakan peluang untuk saya berada di samping Fandi dan Nazri, sekurang-kurangnya saya dapat memberikan sumbangan tersendiri," katanya.



Ini juga merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki di Stadium Nasional baru.



"Saya telah meninggalkan banyak kenangan di stadium lama, antaranya adalah kekalahan 4-0 kami kepada Malaysia pada 2002.



"Sejak detik itu, saya berazam untuk tidak melalui perkara yang sama lagi dan berusaha dengan lebih keras dan memperbaiki diri sebagai seorang pemain," katanya dan akui kenangan tersebut masih menyentuh perasaannya.



Beliau berharap untuk melakarkan kenangan yang manis di stadium baru itu semasa perlawanan esok.



Katanya: "Pemain-pemain dalam pasukan ini kebanyakannya juniors saya, dan saya hormat dan berasa bangga terhadap mereka.



"Saya rasa mereka lebih daripada bersedia untuk perlawanan ini."



Ditanya sama ada beliau akan kembali kepada arena bola sepak di sini, Noh Alam Shah memberikan kata putus: "Tidak sama sekali, saya gembira dengan masa yang diluangkan selepas bersara. Walaupun saya akan tetap membantu di sana sini, tetapi tidak akan memberikan komitmen penuh."



Perlawanan Piala Sultan Selangor akan berlangsung esok 8 malam ini di Stadium Negara, Hab Sukan Singapura.



Tiket boleh didapatkan di www.sportshubtix.com, SportsHub Box Office, cawangan SingPost dan hotline Sports Hub +65-3158-7888).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >