Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Faradilla Abdullah CEO wanita pertama Bitsmedia

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi berpangkalan di Singapura, Bitsmedia yang menghasilkan aplikasi popular Muslim Pro, telah melantik ketua pegawai eksekutif (CEO) wanita yang pertama sejak ia ditubuhkan lebih sedekad lalu.



Cik Faradilla Abdullah, 33 tahun kini menyandang jawatan CEO bersama, di samping rakan sejawatannya, Encik Nik Emir Din.



Kededuanya dilantik selepas mantan CEO, Encik Louis-Bernard Carcouet, mengundurkan diri untuk mengambil jawatan penasihat kanan dalam syarikat tersebut, menurut kenyataan firma itu.



Kenyataan itu menjelaskan, Cik Fara dan Encik Nik akan memimpin syarikat itu untuk menuju ke hala tuju baru sebagai penyedia global bagi khidmat gaya hidup Muslim.



Dalam hal ini, syarikat itu dijangka melancarkan satu produk baru pada tahun berikutan kejayaan Muslim Pro dalam meluaskan khidmatnya sejak setahun lalu.



Cik Faradilla, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasan dan pembangunan perniagaan.



Beliau pernah memegang peranan dalam bidang pembangunan jenama global di rantau Asia Pasifik, di syarikat Pearson Education serta Danone, yang mengeluarkan produk makanan dan minuman global seperti Evian.



Mengulas lebih lanjut mengenai pelantikannya, Cik Faradilla, yang akan menerajui cabang komersial, pemasaran, perhubungan dan pembangunan produk berkata:



"2022 akan menjadi satu tahun yang besar untuk kami sedang kami berusaha untuk melancarkan satu produk dan khidmat baru - usaha terbesar kami sejak penubuhan Muslim Pro.



"Saya juga amat teruja menjadi CEO wanita pertama syarikat ini."



Encik Nik pula mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan pelaburan.



Sebelum ini, beliau bertugas di anak syarikat perbankan pelaburan serantau di bawah RHB Banking Group dan dana kekayaan kerajaan, Khazanah Nasional.



"Amat memuaskan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu umat Islam di seluruh dunia mengamalkan agama menerusi pendekatan lebih holistik.



"Tahun ini, kami akan berusaha lebih agresif menggerakkan tawaran kandungan kami..." ujarnya yang bakal menerajui jabatan kewangan, undang-undang, sumber manusia, dan teknologi syarikat.



Muslim Pro, yang menawarkan ciri-ciri masyarakat, gaya hidup dan keagamaan yang menyeluruh - yang dikendalikan beliau, kini mempunyai lebih 120 juta muat turun.



Untuk meraikan Ramadan, Muslim Pro melancarkan kempen Ramadan Reconnect yang menjemput pengguna untuk berhubung semula dengan Muslim Pro, dalam aspek kerohanian dan masyarakat melalui pengalaman gaya hidup holistik selama sebulan.



Antara lain, pengguna boleh mengakses banyak kandungan video dan aspek yang berpusat pada kesihatan dan kesejahteraan, peningkatan kerohanian, refleksi agama, resipi, dan kisah Ramadan peribadi dari umat Islam di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >