Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Farid Khan: Undi individu yang terbaik bagi S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Farid Khan: Undi individu yang terbaik bagi S'pura

Sep 01, 2017 | 05:33 PM

ENCIK Farid Khan berharap rakyat akan mengundi seorang presiden yang dapat memenuhi kepentingan Singapura secara terbaik, sekiranya mereka berpeluang membuang undi pilihan raya presiden lewat bulan ini.

Pengerusi syarikat merine serantau, Bourbon Offshore Asia Pacific, yang telah menyerahkan borang permohonan pilihan raya presiden beberapa hari lalu menggesar warga setempat mengundi orang yang terbaik dalam pilihan raya tersebut - "seseorang yang baik bagi negara dan akan berkhidmat untuk negara".

"Saya lebih suka jika mereka yang mengundi saya, berbuat demikian kerana percaya dengan apa yang saya perjuangkan," katanya semasa bertemu wartawan selepas solat Aidiladha di Masjid An-Nur pagi Jumaat.

Encik Farid, 62 tahun, adalah salah seorang daripada tiga calon yang telah menyerahkan borang permohonan bagi bertanding dalam pilihan raya presiden yang bakal diperuntukkan untuk masyarakat Melayu.

Dua lagi ialah ketua eksekutif Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, 67 tahun dan mantan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, 63 tahun.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3