Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FAS pertahan keputusan namakan pemain langgar ‘curfew’

Dec 13, 2019 | 02:22 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) mempertahankan keputusannya untuk menamakan pemain skuad bola sepak Sukan SEA yang telah melanggar waktu ‘curfew’, dan berkata bahawa ia tidak mengambil ringan keputusan tersebut dan hanya berbuat demikian selepas pengakuan audio dan bertulis dari pemain. 



Demikian respons yang diberikan FAS dalam satu kenyataan malam semalam terhadap kritikan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) Chris Chan kelmarin. 



Menurut jurucakap FAS: “Kenyataan Encik Chris Chan yang mempersoalkan ketidakadilan FAS dalam menamakan kesemua sembilan pemain sebelum melakukan siasatan terperinci telah memberi gambaran negatif tentang FAS.



“FAS ingin menekankan bahawa ia tidak mengambil ringan keputusan untuk menamakan kesemua pemain tersebut dan tidak akan melakukan demikian jika terdapat sebarang keraguan sama ada pemain-pemain tersebut bersalah atau tidak.



“Mengenal pasti pemain-pemain tersebut memang perlu dilakukan kerana kita perlu bersikap telus dan bertanggungjawab bukan hanya kepada pihak berkepentingan tetapi juga dengan masyarakat awam.”



Semasa sesi pos-mortem persembahan Team Singapore di Sukan SEA, Encik Chan berpendapat bahawa keputusan FAS untuk menamakan pemain yang telah melanggar waktu ‘curfew’ tidak adil.



Beliau juga mempersoalkan keputusan FAS untuk mengadakan perbicaraan disiplin sendiri sebelum SNOC. 



“Setahu kami, apa yang berlaku adalah di bawah bidang kuasa kami,” kata Encik Chan kepada pihak media di Clark, Filipina. 



Memberikan respons terhadap kenyataan tersebut, jurucakap FAS berkata: “Kami menghormati keinginan SNOC untuk mengendalikan proses disiplin, tapi FAS juga berhak untuk menjalankan proses disiplinnya sendiri.



“FAS kekal komited untuk bekerjasama dengan SNOC dalam perkara ini untuk mencari jalan penyelesaian yang memuaskan semua pihak.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >