Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUKAN

FAS tubuh dua pusat latihan bagi cungkil bakat seawal usia 8, 12 tahun: Bernard Tan

Langkah perkemas sistem pembangunan bakat dilaksanakan susuli prestasi buruk Singa Muda semasa Temasya Sukan SEA ke-32 baru-baru ini
May 26, 2023 | 03:22 PM



DALAM usaha meningkatkan mutu bola sepak di sini, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan menubuhkan dua pusat latihan khusus bagi membangunkan bakat pemain cilik seawal usia lapan tahun dan pemain remaja 12 tahun.

Pada masa yang sama, ia akan menjadikan Hab Kallang sebagai pusat latihan utama bagi pemain berusia 12 hingga 17 tahun.

Menurutnya, langkah ini penting demi memastikan republik ini mempunyai lapisan pemain muda yang mantap, berkebolehan dan berprestasi untuk dicungkil bakat-bakat mereka bagi mewakili negara.

Langkah terbaru ini diumumkan Pemangku Presiden FAS, Encik Bernard Tan, menyusuli prestasi buruk skuad Singa Muda yang dibaham 7-0 oleh Harimau Muda dan sebelum itu dihenyak 3-1 oleh pasukan muda Gajah Putih.

Persembahan mengecewakan Singa Muda semasa Sukan Asia Tenggara ke-32 yang gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir temasya itu mendapat kritikan hebat peminat tempatan.

Dalam menangani keadaan ini, FAS memutuskan untuk menarik Singa Muda daripada menyertai mana-mana pertandingan antarabangsa.

Dalam wawancara bersama Berita Harian pada 22 Mei lalu, Encik Tan berkata, di bawah projek Unleash The Roar (UTR) ini, FAS merancang mengadakan Pusat Pembangunan Cilik atau Junior Development Centre (JDC) bagi mengenal pasti pemain terbaik seawal usia 8 hingga 12 tahun untuk mengikuti latihan khusus.


Ia akan mula dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Selalunya ia bermula pada usia 12 tahun, tetapi jika demikian, para pemain ini hanya mempunyai masa selama tiga tahun sahaja untuk dibentuk dan tentunya ia tidak mencukupi sebelum membuat penonjolan.

“Jadi tempoh lima tahun ini diperlukan bagi membolehkan tahap permainan pemain ini meningkat. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi,” dedahnya sambil menambah JDC bertujuan mencungkil bakat-bakat terbaik dan berlatih di peringkat lebih tinggi.

Kedua, FAS akan juga menubuhkan Pusat Pembangunan Nasional atau ‘National Development Centre (NDC) yang bertujuan melatih pemain dari usia 12 hingga 17 tahun.

“Mengapa 17 tahun? Ini kerana pada usia itu mereka selalunya pergi ke kelab. Jika mereka tidak ke kelab, maknanya ada yang tidak kena. Jadi 12 hingga 17 tahun di bawah NDC. Ia telah pun dimulakan secara tidak rasmi. Ia akan dirasmikan sebulan dari sekarang. Ia akan diadakan di Hab Kallang, ini kali pertama mereka ada tempat sendiri dan akan mengikuti latihan intensif, lebih tinggi,” kata Encik Tan, yang ditemui di pejabatnya di Stadium Jalan Besar.

Terangnya, mereka yang terpilih akan membentuk kumpulan utama skuad nasional, namun para pemain ini akan tetap kembali ke akademi atau kelab untuk komitmen masing-masing tetapi apabila ada perlawanan nasional mereka akan berlatih bersama-sama dengan tujuan mempertingkat mutu permainan ke tahap lebih tinggi.

“Jadi ini adalah dua perkara asas yang akan kami lakukan dalam memperkemas sistem pembangunan bola sepak kita,” terang Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >