Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa 2 binaan terowong air kumbahan bawah tanah dibiaya melalui pinjaman: MOF

1/4 daripada sistem 100km telah siap
Apr 20, 2021 | 05:30 AM



SATU projek utama yang bertujuan membebaskan ruang di darat dengan memindahkan kemudahan bagi merawat air terpakai di bawah tanah kini sedang dijalankan, dengan sekitar seperempat daripada sistem pemindahan sepanjang 100 kilometer bagi bahagian tengah dan barat Singapura telah selesai sejauh ini.



Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) bernilai $10 bilion, yang dijadual selesai dibina menjelang 2025, akan menjadi salah satu prasarana penting nasional yang akan dibayar pemerintah menerusi peminjaman - sesuatu yang tidak dilakukan sejak 1990-an.



Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (Singa) yang diperkenalkan awal bulan ini akan membolehkan pemerintah meminjam sehingga $90 bilion untuk membiayai prasarana yang akan bertahan sekurang-kurangnya 50 tahun itu.



Ini bermakna kos itu akan dibahagikan selama bertahun-tahun, dengan setiap generasi yang meraih manfaat daripadanya akan menanggung sebahagian kos itu.



"DTSS merupakan contoh bagaimana Singapura membina untuk jangka panjang. Ini sebenarnya dapat bertahan untuk kita bagi 100 tahun akan datang. Oleh itu, sebenarnya kita membina dalam generasi ini untuk generasi seterusnya, dan generasi selepas itu," kata Menteri Kedua bagi Kewangan, Cik Indranee Rajah, semasa lawatannya ke Fasa Kedua DTSS (DTSS 2) semalam.



Beliau disertai Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



DTSS merupakan rangkaian pembetung terowong dalam yang menggunakan graviti untuk menyalurkan air terpakai ke tiga loji rawatan terpusat, di mana air itu dibersihkan untuk menghasilkan NEWater.



Projek itu dirancang lebih dua dekad lalu untuk mempertingkat daya ketahanan air Singapura kerana sistem itu akan membolehkan negara ini memanfaatkan setiap titis air dengan lebih baik untuk digunakan semula.



Apabila DTSS siap menjelang 2025, stesen pam perantaraan dan loji reklamasi air konvensional akan berhenti beroperasi secara bertahap-tahap, yang akan membebaskan kawasan tanah seluas sekitar 214 padang bola sepak. Kerja binaan DTSS dijalankan dalam dua fasa.



Fasa pertama, yang melibatkan lebih 100 kilometer terowong dan pembetung penghubung bagi bahagian utara dan timur Singapura, selesai dibina pada 2008 dan bernilai $3.4 bilion.



Kerja binaan bagi fasa kedua, yang akan menyalurkan air terpakai dari bahagian tengah dan barat Singapura ke Loji Reklamasi Air Tuas baru, bermula pada 2017.



Sehingga April tahun ini, sekitar 24 kilometer daripada sistem pemindahan 100 kilometer bagi fasa kedua telah selesai dibina.



Apabila siap, kawasan tanah bagi loji reklamasi air konvensional di Ulu Pandan dan Jurong akan dibebaskan, dan begitu juga kawasan yang kini digunakan bagi stesen pam segera. Fasa kedua dianggarkan bernilai sekitar $6.5 bilion.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >