Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa 2C bagi daftar Darjah Satu dibuka

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



FASA 2C dalam pendaftaran Darjah 1, yang dianggap paling sengit, bermula semalam.



Fasa itu adalah untuk warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang tidak dapat mendaftar melalui kemasukan utama dan berdasarkan jarak dari rumah ke sekolah.



Fasa terbuka itu biasanya mempunyai bilangan paling tinggi sekolah yang memerlukan undian, berbanding dengan fasa-fasa sebelumnya.



Tahun lalu, 99 sekolah menjalani undian dalam Fasa 2C, manakala 22 sekolah melakukan demikian dalam Fasa 2B dan 14 dalam Fasa 2A2.



Sebanyak 101 sekolah, lebih separuh daripada 186 sekolah yang mengambil bahagian tahun lalu, mempunyai lebih ramai pemohon daripada tempat yang disediakan dalam Fasa 2C.



Daripada 181 sekolah yang mengambil bahagian tahun ini, 12 mempunyai hanya 20 tempat yang ditawarkan dalam fasa ini.



Sekolah-sekolah ini termasuk Sekolah Tinggi Catholic, Sekolah Rendah Nanyang dan Sekolah Rendah Rulang.



Sejak pendaftaran Darjah 1 2020, Kementerian Pendidikan (MOE) juga telah mengehadkan pengambilan kanak-kanak PR dalam Fasa 2C dan 2C Tambahan untuk beberapa sekolah.



Had itu, antara 25 peratus dengan 30 peratus kemasukan Darjah 1 yang dirancang sekolah, bertujuan mengelakkan sebarang penumpuan kanak-kanak PR di sekolah rendah.



Had itu dikenakan ke atas lapan sekolah tahun ini, turun daripada 10 tahun lalu.



Di laman webnya, MOE berkata had bagi sekolah-sekolah itu tidak mengubah keutamaan yang dimiliki oleh warga Singapura berbanding PR.



Sekiranya terdapat lebih ramai pemohon daripada tempat kosong dalam sebarang fasa pendaftaran, kanak-kanak warga Singapura akan diutamakan berbanding kanak-kanak PR.



Di Parlimen pada 3 Mac lalu, Menteri Pendidikan pada waktu itu, Encik Lawrence Wong, berkata MOE akan menyemak rangka kerja pendaftaran Darjah 1 untuk melihat bagaimana ia dapat menambah bilangan tempat yang diketepikan di bawah Fasa 2C.



Sejak 2014, semua sekolah mengetepikan 40 tempat untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan sebelumnya dengan sekolah itu - 20 dalam Fasa 2B dan 20 dalam Fasa 2C.



Fasa 2B adalah untuk kanak-kanak yang ibu bapanya merupakan sukarelawan sekolah, pemimpin masyarakat yang aktif atau mempunyai ikatan dengan persatuan suku kaum atau gereja yang berkait secara langsung dengan sekolah itu.



Sebarang perubahan dalam semakan kementerian itu akan bermula dengan kumpulan kanak-kanak yang mendaftar tahun depan untuk memasuki Darjah 1 pada 2023.



Permohonan untuk Fasa 2C ditutup esok pada 4.30 petang dan keputusannya akan dikeluarkan pada 17 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >