Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Fasa 3: Lebih banyak ruang solat Jumaat disediakan

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



MULAI 1 Januari ini, 13 lagi masjid akan menawarkan tiga zon dengan setiap satu untuk 50 jemaah bagi setiap sesi solat Jumaat.



Lima lagi masjid pula akan menawarkan empat zon, juga untuk menampung 50 orang jemaah setiap satu.



Dengan tambahan tersebut, sejumlah 22,500 ruang solat tersedia di masjid-masjid tempatan mulai Tahun Baru ini.



Tambahan ini adalah selaras dengan persiapan Singapura melangkah ke Fasa Tiga dalam menangani Covid-19, yang bermula pada 28 Disember ini, kata Majlis Ugama Islam (Muis).



"Sedang kita melangkah ke Fasa Tiga, jumlah ruang untuk solat Jumaat akan terus ditambah secara perlahan dan secara selamat di masjid," kata Muis menerusi Facebook semalam.



"Kami juga gembira mendapati lebih ramai jemaah yang menggunakan kemudahan TraceTogether dan mereka menuruti semua langkah keselamatan yang diatur demi memastikan amalan keagamaan kita dapat diteruskan," tambah Muis.



Mulai Selasa ini, orang ramai boleh membuat tempahan untuk mendapatkan tempat bagi solat Jumaat pada 25 Disember ini dan 1 Januari.



Tempahan boleh dibuat di laman https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg.



"Kami ingin mengingatkan mereka yang tidak dapat menghadirikan diri pada waktu solat atas apa alasan pun agar membatalkan tempahan anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum sesi anda bermula agar kami dapat membenarkan jemaah lain untuk mendaftar diri.



Jemaah boleh melakukan demikan menerusi laman https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking-confirmation.



"Marilah bersama mengambil berat antara satu dengan lain dan menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada kakitangan masjid dan sukarelawan sedang kita melaksanakan solat di masjid," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >