Fasa kedua Laluan Downtown dengan 12 stesen dibuka 27 Disember

FASA kedua Laluan Downtown (DTL2) MRT - yang akan melalui koridor Bukit Timah dan mempunyai 12 stesen - akan dibuka pada 27 Disember ini.

Mengumumkan demikian, Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew berkata demi membolehkan penumpang membiasakan diri dengan laluan tersebut, tambang percuma ditawarkan semasa tempoh pembukaan laluan itu.