Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Fasilitator cacat penglihatan bantu kenali objek muzium melalui deria

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Fasilitator cacat penglihatan bantu kenali objek muzium melalui deria

Muzium Tamadun Asia tawar pengalaman inklusif bagi semua dalam program awam percuma 'Uplcose with ACM'
Nov 05, 2021 | 05:30 AM

APABILA kita pergi ke muzium, kita sering menggunakan mata untuk mempelajari mengenai karya seni atau artifak yang dipamerkan.

Namun, pengalaman itu tidak begitu inklusif bagi mereka yang cacat penglihatan.

Berharap dapat menawarkan pengalaman yang inklusif bagi semua, Muzium Tamadun Asia (ACM) telah melancarkan program awam percuma, 'Upclose with ACM'.

Melalui program yang disokong oleh Keppel Corporation, program tersebut bertujuan membolehkan peserta menikmati pengalaman deria yang dikendalikan oleh seorang fasilitator cacat penglihatan (VI) daripada Dialogue in the Dark Singapore (DiDsg).

Dibangunkan bersama oleh ACM dan DiDsg, program awam selama 90 minit itu terdiri daripada sesi dialog dan sentuhan objek bercetak 3D, serta lawatan di muzium itu.

Dengan mata yang ditutup dengan kain, peserta akan berpeluang berbual bersama fasilitator DiDsg dan mengenali objek 3D dengan deria sentuhan.

Bagi melengkapkan pengalaman sentuhan itu, peserta akan menerima satu kad di mana mereka boleh melukis objek yang disentuh dan menjawab soalan yang menimbulkan pemikiran, menarik perhatian mereka mengenai objek yang mereka sedang berinteraksi.

Semasa bahagian lawatan pula, peserta akan mendapat perspektif unik daripada fasilitator DiDsg semasa mereka dibawa ke galeri Perdagangan Maritim dan Mahkamah & Syarikat ACM.

Di sini, mereka dapat melihat empat objek yang mereka telah berinteraksi dengan dipamerkan.

Fasilitator, semasa lawatan itu, akan mendekati peserta melalui perbualan seperti berkongsi pandangan mereka mengenai objek, perspektif mereka sebagai fasilitator, dan juga kehidupan mereka sebagai VI.

Melalui program seperti ini, Cik Prunella Ong, Pengurus (penonton) di ACM berkata ia yang membolehkan pasukan mereka meletakkan fasilitator cacat penglihatan di barisan hadapan muzium.

"ACM percaya bahawa ia amat penting untuk pastikan muzium ini dapat diakses oleh semua melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuk memartabatkan masyarakat melalui program dan sumber yang ditawarkan, membina peluang dan berbekerjasama dengan pihak berkepentingan industri dan rakan kongsi serta mewujudkan ruang yang selamat bagi orang ramai.

"Mewujudkan pendekatan yang 'terbalik' ini, ia memberi mereka (yang cacat penglihatan) peluang menjadi penyumbang dan kolaborator aktif, berbanding penerima maklumat dan kandungan yang pasif," katanya.

Tambah Cik Prunella, program ini juga berfungsi sebagai platform untuk mendidik peserta tentang bagaimana orang yang mempunyai VI mengenali objek dalam kegiatan harian mereka.

Melahirkan perasaan besar hati menjadi sebahagian daripada program ini sebagai fasilitator VI dalam program, Cik Joan Hung, 25 tahun, berkata ia memberi peluang kepada orang ramai perspektif yang berlainan semasa lawatan itu.

"Ia adalah program yang agak unik kerana seorang individu yang cacat penglihatan kini membimbing mereka yang ada penglihatan.

"Jadi, saya berharap dengan seseorang VI menunjukkan perincian yang lebih halus bagi pameran tertentu, ia akan membantu mereka yang ada penglihatan menghargai bukan hanya pameran itu bahkan penglihatan mereka juga.

"Pada masa yang sama, saya berharap ini menjadi permulaan agar lebih banyak muzium lain menjadi mudah diakses bagi mereka yang VI serta kurang upaya pada masa akan datang," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3