Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasilitator didakwa sebabkan kematian pelajar jatuh lakukan kegiatan di Safra

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG fasilitator kegiatan luar telah didakwa atas kematian seorang pelajar yang jatuh ketika melakukan kegiatan di tempat tinggi di Pusat Sukan Kembara Safra di Yishun tahun lalu.



Muhammad Nurul Hakim Mohamed Din, 22 tahun, yang bertugas di kemudahan sukan Canopy Sky Walk, semalam didakwa menyebabkan kematian melalui perbuatan gopoh atau cuai yang tidak sampai kepada homisid, atau pembunuhan.



Dia didakwa gagal memastikan kedua-dua abah-abah keselamatan yang dipakai oleh Jethro Puah Xin Yang, 15 tahun, dipasang dengan betul sebelum membenarkan pelajar itu mencuba kegiatan sukan tali itu pada 1.25 petang pada 3 Februari tahun lalu.



Remaja dari Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) itu tergantung pada abah-abah keselamatan longgar itu selepas beliau terjatuh dari kemudahan tersebut dan kancing abah-abah kakinya terbuka, menurut kertas pertuduhan.



Akibatnya, beliau tercekik dan meninggal dunia kerana kegagalan berbilang organ.



Bagi tuduhan itu, Hakim, yang diwakili Encik Azri Imran Tan daripada IRB Law, menghadapi hukuman penjara hingga lima tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >