Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fatimah Mohsin kongsi inspirasi daripada bapa di #NoTapis

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



KE MANA tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.



Sejak kecil lagi, usahawan dan pereka fesyen setempat, Cik Fatimah Mohsin, sudah terdedah kepada selok belok perniagaan.



Bapanya, Encik Mohsin Nazarali, merupakan peniaga yang tersohor di Pasar Geylang Serai yang menjual berbagai jenis barangan - daripada pakaian hingga peralatan dan perhiasan rumah.





Malah, beliau diberi jolokan 'Raja Lelong'.



Dalam 'podcast' #NoTapis, Cik Fatimah, yang kini seorang usahawan, berkongsi bagaimana bapanya memberi beliau inspirasi untuk menceburi dunia perniagaan.



Encik Mohsin pula, yang kini sudah bersara, menceritakan jatuh bangun dunia perniagaannya di Geylang Serai dan bagaimana beliau mendapat julukan 'Raja Lelong'.



Kisah bapa dan anak itu boleh dinikmati menerusi podcast Berita Harian (BH) yang telah dimuat naik di aplikasi Spotify.



Selain Spotify, #NoTapis juga boleh dimuat turun menerusi portal digital BH - www.BeritaHarian.sg.



Siri 'podcast' #NoTapis mengetengahkan personaliti popular, Suhaimi Yusof, dan koresponden BH, Shahida Sarhid, sebagai pengacara.



Bagi episod bersama Cik Fatimah dan Encik Mohsin, seorang lagi personaliti popular dan mantan juruhebah radio, Syah Ibrahim pula telah diketengahkan.



Dilancarkan pada 13 Mei lalu, #NoTapis kini menduduki tangga kelima di carta 'podcast' Spotify dengan lebih 20,000 muat turun.



BH memuatnaik tiga episod setiap minggu pada Isnin, Rabu dan Jumaat (12 tengah hari).



Dalam episod sebelum ini, antara tetamu podcast BH ialah petinju profesional negara, Muhamad Ridhwan Ahmad atau Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid; CEO Muslim Youth Forum (MYF), Ustaz Zahid Zin; selebriti, Nadiah M. Din dan suami Bilal Jeanpierre dan bekas personaliti televisyen dan radio, Riz Sunawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >