PERTUBUHAN harus mempunyai pemimpin berminda progresif agar kekal relevan dan menarik perhatian golongan muda.
Ia penting dalam memastikan kesinambungan pertubuhan itu pada hari muka, menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef, yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Geylang Serai.