SEAWAL 6.30 pagi lagi beliau sudah berada di Pasar dan Pusat Makanan Eunos Crescent untuk bertemu penduduk.
Inilah yang dilakukan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, semalam sebagai sebahagian persiapan mahu mendekati dan mengenali hati budi pengundi menjelang pilihan raya umum pada 11 September ini.