Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fatwa bagi wanita Muslim yang ingin pakai tudung dalam konteks pekerjaan

Diterbitkan jelang perubahan dasar seragam dalam sektor penjagaan kesihatan pada 1 Nov
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan satu fatwa bagi wanita Muslim yang ingin memakai tudung dalam konteks pekerjaan yang memerlukan mereka memakai pakaian seragam.



Antara lain, panduan agama yang diberi menerusi fatwa itu bertujuan memperkasa jururawat dalam membuat keputusan untuk mengenakan tudung di tempat kerja.



Fatwa itu dikeluarkan menjelang perubahan kepada dasar seragam dalam sektor penjagaan kesihatan yang bakal dilaksanakan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin ini.



Perubahan itu bagi membenarkan jururawat wanita Islam untuk memakai tudung bersama pakaian seragam mereka jika mereka mahu.



Menerusi satu kenyataan media semalam, Muis berkata fatwa itu berpandukan prinsip agama dan bertujuan memperkasa masyarakat, bukan satu preskripsi menyeluruh secara umum.



Bahkan, ia bertujuan memberi panduan kepada wanita Muslim untuk mempertimbang situasi mereka dengan teliti dan memperkasa diri mereka dengan prinsip dan nilai agama yang membolehkan mereka membuat pilihan yang seimbang dan tepat bagi diri mereka.



Dalam satu kenyataan media mengenai fatwa itu, Muis berkata:



"Pemakaian tudung bukan satu hambatan bagi Muslimah untuk menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara, mahupun menjadi karyawan yang berdedikasi, dan (tudung juga) bukan simbol keagamaan yang memecah belah masyarakat atau melemahkan fabrik sosialnya.



"Dalam konteks kewajipan agama untuk memakai tudung bagi wanita Islam, fatwa itu akur bahawa terdapat faktor munasabah lain dan pertimbangan yang penting, dan ini harus dipertimbangkan apabila memilih untuk membuat penyesuaian kepada cara mematuhi kewajipan agama di tempat kerja.''



Meskipun pemakaian tudung merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, Jawatankuasa Fatwa menjelaskan bahawa umat Islam perlu membuat penyesuaian yang wajar berpandukan kepada ajaran Islam, jika terdapat situasi di mana mereka tidak dapat menyempurnakan sebahagian tuntutan dan ajaran agama di tempat kerja.



Menjelaskan, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata ini termasuk jururawat yang tidak dapat menyempurnakan penutupan aurat secara menyeluruh dalam situasi tertentu walaupun boleh memakai tudung untuk mematuhi dasar 'Bare Below Elbow' (BBE), iaitu memastikan tangan sehingga ke paras siku dibiarkan terdedah atas sebab keperluan tugas perubatan mereka atau untuk mengurangkan risiko jangkitan.



"Bagi pegawai yang berada dalam perkhidmatan seragam lain yang tidak dibenarkan memakai tudung, fatwa menggalakkan mereka untuk mempertimbang situasi mereka dengan teliti dan membuat keputusan yang bijak kerana keadaan setiap individu mungkin berbeza termasuk keperluan seseorang untuk menyara diri dan keluarga serta sifat pekerjaan dan sebab dasar yang terkait dengan menjaga kesejahteraan, kestabilan dan kemakmuran negara," ujar Dr Nazirudin semasa satu sesi pendekatan pihak berkepentingan di Hab Islam Singapura semalam.



Keputusan pemerintah membenarkan kakitangan sektor penjagaan kesihatan memakai tudung bersama pakaian seragam mereka itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Umum Hari Kebangsaannya (NDR) pada Ogos lalu.



Fatwa tersebut juga menekankan pentingnya kesepaduan sosial dan menyeru masyarakat agar terus mengukuhkan hubungan dan rasa saling percaya antara kaum dan agama, agar pemakaian serta simbol keagamaan tidak menghalang usaha untuk mengukuhkan perpaduan sosial.



"Kita inginkan supaya masyarakat... Singapura dapat terus membina keyakinan dan kepercayaan antara kaum dan agama serta hidup dalam penuh harmoni.



"Ini adalah satu ruang yang boleh kita terus usahakan dengan lebih lanjut dan fatwa ini bertujuan bagi pemakaian tudung untuk dijelaskan kepada masyarakat lain... dan dengan memakai tudung, ini tidak akan melemahkan hubungan sesama kaum," ujar Dr Nazirudin.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >