Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fatwa diharap beri keyakinan bagi jururawat Muslimah jalankan tugas, tarik lebih ramai sertai sektor: MHPA

Oct 26, 2021 | 03:22 PM



Fatwa yang dikeluarkan untuk memberi panduan berkenaan pemakaian tudung bersama seragam diharapkan akan memberi keyakinan kepada jururawat wanita Islam untuk menjalankan tugas mereka, dan menarik lebih ramai Muslimah untuk menyertai bidang itu.



Ini akan membantu jururawat Muslimah untuk memenuhi tanggungjawab sebagai kakitangan penjagaan kesihatan serta kewajipan agama untuk menutup aurat, kata Anggota Jawatankuasa Eksekutif  Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Juriyah Yatim.



“Ada orang yang telah meninggalkan industri ini sebelum ini (disebabkan dasar tidak membenarkan pemakaian tudung bersama seragam).



“Kami berharap yang terbaik untuk yang akan datang,” kata Dr Juriyah apabila ditemui media pada Selasa (26 Okt).



Pada Selasa, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa bagi memberi panduan kepada wanita Islam yang ingin memakai tudung dalam konteks pekerjaan berseragam.



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata jawatankuasa itu menerima soalan hukum agama mengenai jururawat dan petugas dalam perkhidmatan awam lain yang tidak dapat menutup aurat sepenuhnya kerana keperluan tugas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >