Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FATWA BERKENAAN TUDUNG BAGI PEKERJA PENJAGAAN KESIHATAN BERSERAGAM

Fatwa khusus beri panduan agama, jawab kemusykilan

Harap jadi bimbingan pada asatizah, masyarakat: Jawatankuasa Fatwa
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



FATWA berkaitan pemakaian tudung dalam perkhidmatan pakaian seragam yang diterbitkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam bertujuan memberi panduan keagamaan dan prinsip syariah bagi masyarakat Islam dan wanita Muslim yang dimaksudkan.



Ia diharap dapat menjawab kemusykilan tentang pemakaian tudung dalam sektor penjagaan kesihatan, dan membimbing masyarakat Islam berdasarkan prinsip dan nilai agama sesuai dengan situasi masing-masing.



Demikian dinyatakan beberapa anggota Jawatankuasa Fatwa Singapura menyusuli penerbitan fatwa tersebut di satu sesi pendekatan pihak berkepentingan semalam.



Jawatankuasa itu terdiri daripada lima anggota penuh termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir sebagai pengerusi.



Anggota penuh lain ialah Ustaz Ali Mohamed, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman M Dawoed dan Ustazah Dr Rohana Ithnin.



"Kami maklum para jururawat dan juga pegawai yang bertugas sebagai penjawat awam yang berseragam memainkan peranan yang penting di Singapura.



"Jadi atas dasar ini, objektif fatwa ini memberi panduan keagamaan dan prinsip syariah bagi masyarakat dan juga bagi mereka yang berkecimpung dalam tugasan ini, kata Ustazah Dr Rohana.



"Fatwa ini sebagai panduan atas dasar beberapa situasi yang berlaku.



"Pertama, bagi jururawat yang mungkin menghadapi situasi tertentu dan tidak dapat menutup aurat dengan sempurna.



"Kedua, ada segelintir wanita Muslim yang bekerja dan perlu mengenakan pakaian seragam dan mereka tidak dapat menutup aurat sepenuhnya ketika bertugas," jelasnya.



Beliau menambah, walaupun fatwa itu sebenarnya bertujuan sebagai garis panduan kepada jururawat setempat, ia juga boleh menjadi satu peluang pembelajaran untuk semua orang, sama ada Muslim atau bukan Muslim, di dalam atau di luar negara.



"Dengan fatwa ini, kami berharap semua orang akan melihat cabaran sebagai peluang pembelajaran. Dalam fatwa ini kami menyentuh banyak prinsip Islam di sebaliknya, seperti teks dan konteks.



"Satu lagi ialah hasil dan kesan. Ini satu peluang pembelajaran sama ada bagi wanita, jururawat yang terjejas, kaum lelaki, dan juga mungkin dari 1 November ada lagi beberapa kesan yang berlaku dan kita ambil cabaran ini sebagai peluang pembelajaran dan belajar daripadanya," kata beliau.



Ustaz Ali pula berkata fatwa itu adalah salah satu natijah daripada perbincangan antara pemimpin agama dengan pemerintah mengenai pemakaian tudung bagi wanita yang bertugas dalam sektor penjagaan kesihatan.



"Dengan adanya fatwa ini, saya harap masyarakat Islam akan lebih terpandu dengan pemahaman prinsip dan nilai agama yang penting untuk menyesuaikan pengamalan agama dalam konteks negara kita yang sekular dan juga masyarakat majmuk.



"Penyesuaian ini yang sudah tentunya berpandu kepada ajaran Islam, menjadi lebih penting dalam situasi di mana para Muslimah tidak dapat menyempurnakan sebahagian tuntutan dan ajaran agama di tempat mereka bertugas," kata Ustaz Ali.



Ustaz Mohamad Hasbi, yang juga Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), berkata pihaknya berharap fatwa yang diterbitkan itu dapat menjadi panduan kepada asatizah dan masyarakat Islam khususnya kaum Muslimah.



"Ia juga penting dalam mententeramkan keadaan dengan menjawab kemusykilan tentang pemakaian tudung di sektor perubatan," katanya.




 "Dengan fatwa ini, kami berharap semua orang akan melihat cabaran sebagai peluang pembelajaran. Dalam fatwa ini kami menyentuh banyak prinsip Islam di sebaliknya, seperti teks dan konteks.
- Ustazah Dr Rohana Ithnin, anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Singapura.



"Dengan adanya fatwa ini, saya harap masyarakat Islam akan lebih terpandu dengan pemahaman prinsip dan nilai agama yang penting untuk menyesuaikan pengamalan agama dalam konteks negara kita yang sekular dan juga masyarakat majmuk."
- Ustaz Ali Mohamed, anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Singapura.



"Ia juga penting dalam mententeramkan keadaan dengan menjawab kemusykilan tentang pemakaian tudung di sektor perubatan."
- Ustaz Mohamad Hasbi, Presiden Pergas yang juga anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >