Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'FB Live' BH semarak suasana jelang Raya

May 08, 2021 | 05:30 AM



BERITA Harian memulakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan satu acara menarik menerusi 'Facebook Live' Raya, malam semalam.



Menampilkan barisan artis seperti pemenang Idola Asia dan Gegar Vaganza, Hady Mirza dan rapper Fariz Jabba, 'Facebook Live' Raya itu dipenuhi dengan pelbagai sesi temu ramah bukan sahaja bersama selebriti tetapi juga wartawan Berita Harian dan mereka yang telah menyumbang kepada masyarakat sepanjang Ramadan ini di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.



Selain itu, band O.M.A turut membuat penampilan dengan mendendangkan beberapa lagu malar segar Hari Raya.



Wartawan Siti Zulaiqah Abdul Rahim dan Nur Humaira Sajat juga telah mengongsi pengalaman mereka membuat liputan sepanjang Ramadan dalam satu segmen temu bual.



Selain itu, bekas pesakit Covid-19, Nur Indra Jalal dan juga Encik Asanul Fariq Sani yang menyediakan ruang khas di luar rumahnya sehingga menjadi tular, turut berkongsi pengalaman masing-masing.



Suasana menjadi lebih menyentuh hati apabila mantan penyiar yang kini sakit Riz Sunawan turut membuat penampilan khas menerusi alam maya. Acara 'Facebook Live' yang juga ditayangkan secara langsung melalui YouTube Berita Harian dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan Atiyyah Mohd Said, serta hos undangan, Hans Ashrie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >