Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

F&B siap terima lebih ramai pelanggan tapi tetap hati-hati

SMM
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



PENIAGA makanan dan minuman (F&B) sedang giat membuat persiapan bagi menyambut lebih ramai pelanggan, selepas langkah pengurusan keselamatan (SMM) Covd-19 dilonggarkan mulai hari ini.



Pada masa sama, mereka yang ditinjau terus mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak terus menarik balik langkah keselamatan kerana keadaan masih tidak menentu.



Mulai hari ini, SMM Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) diteruskan bagi kafe, restoran dan kedai kopi tetapi penggunaan TraceTogether (TT) dan SafeEntry (SE) dihentikan dan sebaliknya, pemeriksaan rambang ke atas individu akan dijalankan oleh pekerja atau pegawai penguatkuasaan.



Pemilik bersama restoran Dutch Colony Coffee Co, Encik Suhaimi Sukiman, berkata persiapan seperti mengeluarkan pelekat dan penanda jarak selamat dijalankan selepas kelima-lima cawangannya ditutup semalam.



"Antara lain, kami mengeluarkan penanda jarak selamat di lantai dan meja makan serta sebarang kolateral pandemik atau jarak selamat di cawangan kami.



"Kami juga mengeluarkan dan membersihkan semua peralatan TT, meter suhu dan akan menghantarnya balik ke ibu pejabat kami.



"Pada masa sama, kami sedang memikirkan tentang aliran kerja bagi memastikan operasi kami dapat berjalan lancar. Contohnya, adakah kita mahu membiarkan pelanggan mencari tempat duduk sendiri atau tidak," ujar beliau.



Walaupun langkah seperti mengeluarkan alat gerbang Safe Entry akan dibuat, Encik Suhaimie akan tetap meminta pelanggan menunjukkan bukti vaksinasi mereka pada telefon bimbit mereka.



Sementara itu, ada peniaga masih berwaspada dan akan mengekalkan penggunaan pengesan TT, termasuk pengasas kafe All Things Delicious, Cik Dewi Imelda Wadhwa.



"Memandangkan hanya mereka yang divaksin dengan lengkap boleh makan di luar, makanya kami akan mengekalkan TT dan belum mengeluarkannya kerana kami belum pasti apakah keadaan akan semakin memburuk atau tidak. Tetapi kami mengharapkan yang terbaik.



"Lewat minggu ini, kami akan menambah lebih banyak meja dan kerusi yang sudah lama terperuk di stor kami. Kami akan membuat persiapan untuk menerima lebih ramai pelanggan, khususnya selepas Ramadan nanti," ujar Cik Dewi.



Turut tidak terburu-buru ialah pemilik Kafe I Am Cafe, Encik Jamuri Busori.



"Buat masa ini kami telah mengatur semula meja dan kerusi seperti sebelum pandemik. Namun kami akan mengekalkan pelekat bagi TT sebab kami tidak tahu jika keadaan akan berubah lagi nanti.



"Jadi lebih baik untuk kami bersiap sedia. Hakikatnya, pandemik belum berakhir," kata beliau.



Encik Jamuri menambah: "Tetapi kami tidak akan meminta pelanggan daftar masuk bagi SE. Ini bergantung pada mereka. Pokoknya, kami rasa agak lega sekarang tidak perlu sentiasa mengingatkan pelanggan tentang SMM."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >