Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Felo penyelidik NUS mengaku salah buat tuntutan palsu

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas felo penyelidik di Universiti Nasional Singapura (NUS) menghantar tuntutan palsu dan menipu institusi itu sebanyak $39,500 antara 2010 dan 2018.



Dia membeli barangan seperti radio dan peralatan untuk keretanya bagi diri sendiri dan keluarganya, dan kemudian memalsukan dokumen untuk membuat tuntutan sehingga 16 kali lebih tinggi kepada NUS, lapor The Straits Times.



Semalam, Thomas Teh Kok Hiong, 42 tahun, yang merupakan felo penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan NUS, mengaku bersalah atas beberapa kesalahan menipu dan pemalsuan.



Beberapa tuduhan serupa akan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, yang telah ditangguhkan kepada 25 Julai.



Teh sebelum ini didakwa bersama bekas profesor NUS Tan Kok Kiong, 53 tahun, yang dituduh secara berasingan mengemukakan tuntutan palsu melebih $100,000.



Timbalan Pendakwa Raya V. Jesudevan memberitahu mahkamah bahawa Teh telah mengemukakan 22 tuntutan kepada NUS untuk mendapatkan sekitar $39,500 antara 2010 dengan 2018.



Tuntutan sedemikian dibuat kepada NUS melalui sistem elektronik, yang memerlukan kakitangan memasukkan butiran perbelanjaan mereka dan dokumen sokongan seperti invois atau resit.



Ia kemudian akan disemak kakitangan pentadbiran sebelum wang dipindahkan.



DPP Jesudevan menambah bahawa kakitangan pentadbiran tidak menjalankan sebarang pemeriksaan fizikal untuk mengesahkan sama ada barangan telah dihantar dan mempercayai bahawa tuntutan itu adalah tulen.



"Untuk mengelak dikesan dan mewujudkan kesahihan kepada tuntutan palsu ini, (Teh) mengubah resit dan invois," kata beliau.



Mereka yang melakukan pemalsuan boleh dipenjara sehingga empat tahun dan denda. Hukuman maksimum bagi menipu ialah penjara tiga tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >