Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Felo penyelidikan kanan di NUS antara dua kes Covid-19 dalam masyarakat

Apr 16, 2021 | 11:40 PM



KEDUA-DUA kes Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Jumaat (16 April) melibatkan warga asing yang dijangkiti setelah selesai menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan kuarantin.





Kes pertama melibatkan lelaki warga Indonesia berusia 44 tahun yang merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek.


Beliau tiba dari Indonesia pada 28 Februari lalu untuk menemani bapanya menjalani rawatan perubatan bagi penyakit yang tidak berkait dengan Covid-19.


Beliau menjalani SHN di sebuah kemudahan khusus hingga 14 Mac dan ujian yang diambil pada 26 Februari, 1 Mac dan 13 Mac semuanya menunjukkan keputusan negatif.


Lelaki itu tidak menunjukkan simptom dan hanya dikesan apabila mengambil ujian sebelum keberangkatan pada 14 April dalam persiapan untuk pulang ke Indonesia.



Kes kedua pula melibatkan lelaki warga India berusia 34 tahun yang merupakan pemegang pas kerja.


Beliau felo penyelidikan kanan di  Universiti Nasional Singapura (NUS) tetapi hanya ke kerja pada satu hari iaitu pada 12 April. Beliau mengalami simptom pada malam itu ketika di tempat kerja.


Lelaki itu telah ke India dari 28 Disember hingga 21 Mac  dan menjalani SHN di sebuah kemudahan khusus sebaik pulang ke Singapura. Ujian yang dilakukan pada 19 Mac  dan 21 Mac memberi keputusan negatif.


Beliau kemudian dikuarantin kerana merupakan kontak rapat kes terdahulu kerana telah menaiki penerbangan yang sama ke Singapura. Ujian yang dilakukan pada 25 Mac, 3 April dan 10 April juga negatif.


Beliau bagaimanapun mula rasa lelah pada malam 12 April, dan mengalami sakit tekak dan sakit badan pada 13 April, diikuti demam pada 14 April.


Beliau tidak keluar rumah sejak 13 April kecuali untuk ke poliklinik pada 14 April untuk diuji bagi Covid-19. Keputusannya positif, dan beliau dihantar ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID)).


Sebanyak 32 kes yang diimport turut dilaporkan pada Jumaat.


Sementara itu, lagi 29 kes Covid-19 telah sembuh menjadikan 60,446 telah pulih sejauh ini.


Lagi 51 kes masih dirawat di hospital dan 242 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Seramai 30 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >