Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA: TINGGAL SEBUMBUNG TAPI NASIB JAUH BERBEZA

'Fendy' gembira dapat beraya dengan keluarga selepas 9 tahun

May 01, 2022 | 05:30 AM



HARI Raya tahun ini sangat istimewa bagi penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), 'Fendy' (bukan nama sebenar), yang berusia 17 tahun.



Selepas sembilan tahun menumpang di rumah perlindungan bagi budak lelaki itu sejak beliau berusia sembilan tahun, Fendy akhirnya dapat menyambut Hari Raya bersama keluarganya.



Namun, apa yang lebih menarik buatnya tahun ini adalah, beliau juga akan menyambut Hari Raya dengan penuh meriah bersama teman-temannya di RKM kerana ini adalah tahun terakhir beliau akan menyambut Hari Raya di situ sebelum dia dipulangkan di bawah jagaan ibu kandungnya November ini.



"Tahun in sangat-sangat istimewa sebab saya akhirnya dapat bertemu lagi dengan keluarga dan teman-teman selepas beberapa tahun tidak berjumpa mereka," kata 'Fendy' kepada Berita Minggu (BM).



"Saya akan menyambut Hari Raya bersama ibu saya buat pertama kali selepas beberapa tahun kami terputus hubungan. Kami baru sahaja membina semula hubungan kami.



"Lagi pun tahun ini tiada had bagi bilangan tetamu untuk membuat kunjungan ke rumah, jadi saya tidak sabar bertemu dengan keluarga dan sanak saudara saya," tambahnya kepada Berita Minggu.



'Fendy' antara sekitar 30 penghuni RKM yang diberi cuti pulang ke rumah bagi perayaan Aidilfitri tahun ini, bermula semalam hingga Rabu ini selepas tamat sekolah.



Beliau berasal daripada keluarga enam beradik, yang mana tiga daripada mereka adalah adik-beradik tiri.



Fendy ditempatkan di RKM sejak 2013 atas penganiayaan yang dialaminya oleh ayah kandungnya serta kurang penjagaan oleh pihak yang layak memberi jagaan kepadanya.



Fendy berkata antara lain, beliau akan menziarah kubur bersama keluarganya dan kemudian berkunjung ke rumah saudara lain sewaktu cutinya itu.



Beliau juga akan bertemu dengan beberapa adik-beradiknya buat pertama kali dalam hidupnya.



"Saya telah duduk di Muhammadiyah sejak saya berusia sembilan tahun. Sekarang saya sudah berusia 17 tahun. Jadi Hari Raya tahun ini sangat-sangat istimewa buat saya," tambahnya.



Malah, sesudah cuti rumahnya tamat dan beliau diperlukan pulang ke RKM selepas sekolah pada hari kedua Syawal, 'Fendy' juga tidak sabar menyambung sambutan Hari Raya bersama teman-temannya.



Antara lain, program yang disediakan buat penghuni RKM adalah pesta bunga api, acara Malam Kampung Raya yang mana penghuhi dapat menjamu selera sambil membakar sate serta menyertai sebuah pesta durian.



Mereka juga diajak menonton filem penuh menusuk kalbu, Putusnya Sebuah Doa, lakonan Datuk' Rosyam Nor, Eman Manan dan Fauziah Nawi.



"Saya juga nak beraya dengan teman-teman saya di Muhammadiyah sebab ini Raya terakhir yang saya akan menyambut bersama dengan mereka.



"Jadi saya ingin menyertai beberapa program dengan mereka dan saya akan rindu dengan mereka selepas tidak tinggal di sini lagi."




"Tahun in sangat-sangat istimewa sebab saya akhirnya dapat bertemu lagi dengan keluarga dan teman-teman selepas beberapa tahun tidak berjumpa mereka.

Saya akan menyambut Hari Raya bersama ibu saya buat pertama kali selepas beberapa tahun kami terputus hubungan. Kami baru sahaja membina semula hubungan kami.''

- 'Fendy' ( bukan nama sebenar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >