SEBUAH feri Indonesia terkandas di perairan pelabuhan Singapura dekat Pulau Tekong malam tadi (9 Julai).
Menerusi satu kenyataan hari ini, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata mereka menerima laporan bahawa Sri Kandi 99 terkandas dekat sebuah batu pada 11.42 malam.
Feri itu sedang dalam perjalanan ke Pasir Gudang, Johor, apabila ia terkandas.
Menurut MPA, kesemua 45 penumpangnya selamat.
Mereka termasuk 34 penumpang – 33 warga Malaysia dan seorang warga Vietnam – serta 11 kru Indonesia.
Mereka kemudian dipindahkan ke feri lain, Camara Sumadra, dan mereka turun di Tanjong Pengelih, Johor, pada 5.15 pagi.
MPA berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu.
Tiada kecederaan atau pertumpahan minyak dilaporkan sejauh ini.