Festival bunga 'Sakura Matsuri' di Taman di Persisiran

FESTIVAL Sakura Matsuri, atau Kembang Ceri, bermula semalam dan akan berlangsung sehingga 8 April ini.

Ini kali pertama Taman Di Persisiran menganjurkan sebuah festival bertema Jepun sebagai melengkapi pameran bunga kembang ceri tahunan di ruang Flower Dome.

Pameran kembang ceri tahun ini memaparkan 23 jenis bunga yang pelbagai yang dibawa masuk dari Jepun dan Eropah.

Antaranya termasuk yang popular dalam kalangan pengunjung, Prunus 'Accolade' yang kembang merah jambu, dan Prunus 'Snow Mountain' dengan bentuknya yang romantik.

Dalam satu kenyataan semalam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Taman Di Persisiran, Cik Peggy Chong, berkata:

"Dalam pameran kembang ceri yang masuk tahun ketiga ini, kami ingin menghangatkan lagi suasana.

"Melihatkan sakura kembang sering memberi inspirasi tentang keajaiban semula jadi, dan tahun ini, pengalaman ini akan diluaskan lagi dengan banyak kegiatan bertema Jepun yang kami telah rancangkan buat semua."

Kembang ceri dipaparkan dengan landskap inspirasi Jepun, dan membuat penampilan dalam pameran tahun ini ialah sakura bonsai dan yang kelihatan seperti anak patung - satu elemen budaya Jepun dan dipinjamkan oleh para pengumpul khas.

Semua anak patung itu berpakaian kimono dengan suasana unik.

Selain pameran bunga merah jambu dan putih, pelawat juga boleh menjangkakan program-program Flower Dome dianjurkan bersama Kedutaan Jepun di Singapura, di Pusat Kreatif Jepun (JCC).

Ini termasuk demonstrasi majlis teh, persembahan seni dan perarakan kimono Jepun.

Para peminat budaya pop Jepun pasti akan menikmati Taman Anime, yang merupakan hujung minggu bertema anime dengan konsert-konsert percuma termasuk bakat Jepun seperti May'n dan GARNiDELiA.

Para selebriti 'cospla', seperti Saida dari Korea, dan Thames Malerose dari Thailand turut membuat penampilan.

Sebagai mengakhiri perayaan festival itu di akhir bulan ini ialah Pesta Jepun Sakura, yang dianjurkan bersama JTB Pte Ltd, dan memaparkan makanan serta pilihan runcit Jepun, bengkel serta persembahan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.