Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival demensia beri kesedaran tentang keadaan mental pesakit, penjaga

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Alzheimers Sedunia, pertubuhan tidak mencari untung, Enable Asia, telah melancarkan festival bertujuan untuk menyokong Singapura yang mesra demensia melalui kuasa sentuhan.



Festival Enabling 2022 itu akan diadakan di Galeri Nasional Singapura bermula hari ini hingga 16 Oktober. Ini merupakan tahun kelima festival tersebut dianjurkan.



Melancarkan festival itu semalam ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam. Beliau juga diiringi pesakit demensia serta penjaga mereka.



Covid-19 telah mewujudkan dunia yang mengasingkan dan mengganggu rutin tetap orang ramai yang hidup dengan demensia.



Kekurangan interaksi sosial dan fizikal juga telah meningkatkan tekanan penjaga.



Festival ini juga bertujuan untuk mengingatkan orang ramai bahawa sentuhan adalah antara kaedah untuk membangkitkan memori.



Ia juga mempunyai potensi untuk memulihkan keadaan apabila ia menjadi semakin mencabar.



Pengasas bersama Enable Asia, Encik Danny Raven Tan, berkata: "Ia sangat mencabar semasa Covid-19 apabila kami harus berhati-hati dengan orang-orang yang ditemui di luar rumah, kerana takut membawa virus itu kembali kepada ibu saya yang menghadapi demensia tahap lanjut.



"Saya terpaksa mengurangkan interaksi sosial demi melindunginya, terutama apabila saya sendiri yang dijangkiti virus tersebut.



"Beliau berasa keseorangan dan terasing kerana tidak dapat memahami sebab kekurangan interaksi berbanding sebelum itu apabila saya biasa melihat dan mengurut badannya setiap hari."



Menerusi festival ini, ia menekankan kepentingan kesedaran tentang demensia dan kesejahteraan mental penjaga dengan adanya pelbagai kegiatan untuk individu yang mengalami demensia, penjaga dan orang ramai.



Pengarah Artistik Enabling Festival, Encik Jeremiah Choy, berkata: "Para pengunjung boleh menjangkakan untuk melibatkan diri secara fizikal dan digital melalui pengalaman seni dan bengkel kreatif, ceramah yang bernas serta tayangan filem ringkas yang memberi penerangan tentang kisah yang menyentuh perasaan kita."



Sejajar dengan tema festival itu, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) akan mempamerkan video dipanggil 'Namaste Care', mengenai program penjagaan pelbagai pendekatan yang menggabungkan deria, unsur psikososial dan kerohanian untuk meningkatkan mutu hidup bagi individu dengan demensia.



Video itu akan menampilkan panduan praktikal untuk berkomunikasi dengan pesakit demensia bagi memberi manfaat kepada penjaga dan orang tersayang.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AIC, Encik Noel Cheah, berkata penjaga memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan orang yang tersayang, dan mereka tonggak penting dalam sistem penjagaan kesihatan.



Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini, kunjungi laman www.enableasia.org.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >