Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Festival Kanak-Kanak di Kebun Bunga tawar 100 aktiviti bagi keluarga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Festival Kanak-Kanak di Kebun Bunga tawar 100 aktiviti bagi keluarga

Nov 11, 2017 | 05:30 AM

DENGAN lebih daripada 100 program percuma yang ditawarkan, keluarga boleh menikmati dua minggu yang dipenuhi aktiviti menarik di Festival Kanak-kanak di Kebun Bunga Singapura.

Dianjurkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks), festival tersebut menawarkan pelbagai pilihan untuk kanak-kanak, dari aktiviti praktikal dan persembahan hingga ke tayangan filem, makanan dan permainan.

Festival tersebut bertujuan membantu keluarga dan pengunjung lain untuk mengalami dan menghargai biodiversiti dan warisan semula jadi taman tersebut.

Dr Nigel Taylor, pengarah kumpulan Kebun Bunga Singapura berkata:

"Kami berharap keluarga akan berseronok sambil meluangkan masa bersama dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti."

Diadakan dari 11 hingga 26 November, kawasan festival tersebut termasuk Eco-Garden dan Taman Kanak-kanak Jacob Ballas.

Kededua lokasi tersebut terletak sekitar tiga minit dari gerbang masuk Bukit Timah bagi pejalan kaki.

Pengunjung boleh turun di stesen MRT Botanic Gardens (CCL19/DTL9) dan menggunakan Laluan Keluar A.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3