Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival Muara terima sambutan baik di Esplanade

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 10,000 penonton memenuhi tempat duduk panggung terbuka Esplanade Teater Di Pesisiran dalam tempoh tiga hari berturut-turut untuk menyaksikan acara-acara Festival Muara yang kembali pada hujung minggu.



Acara hari ketiga semalam di Esplanade, yang menyaksikan lebih 500 penari berkongsi pentas menyajikan pelbagai tarian Melayu, untuk pertama kali akan dilanjutkan hingga hampir sebulan dengan acara penutup berlangsung di Wisma Geylang Serai pad 26 November.



Festival yang dianjurkan untuk tahun ke-12 itu dianjurkan oleh Era Dance Theatre dengan kerjasama Jawatankuasa Kumpulan Tarian Melayu (SMDC) disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan, Esplanade Teater Di Pesisiran dan Wisma Geylang Serai.



Menurut Esplanade, lebih 3,800 penonton hadir pada malam pembukaan pada Jumaat dan lebih 6,400 penonton pada Sabtu.



Pengarah Artistik Era Dance Theater, Encik Osman Abdul Hamid, berkata pihaknya gembira dengan sambutan itu selepas dua tahun festival itu diadakan secara dalam talian.



Pesta yang akan turut disertai kumpulan kebudayaan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei, turut disertai kumpulan Azpirasi, Artiste Seni Budaya, Kirana Seni, Perkumpulan Seni, Sriwana, Ethnico, persatuan-persatuan kesenian, pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.



Simposium Tari Melayu akan diadakan pada 25 November di WGS untuk memperkatakan tentang seni tari Melayu dalam konteks sekarang dan masa depan.



Simposium itu akan diikuti dengan sesi merangkai hubungan dan ia akan dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Acara penutup festival pula akan dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >