Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival Rasa Singapura di Anjung@WGS

Jul 16, 2022 | 09:02 PM



SATU festival kebudayaan yang menggalak tarian daripada semua kaum dan budaya di Singapura kini sedang berlangsung di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS). (16 Julai)



Diberi nama Rasa Singapura, festival itu merupakan sebahagian daripada program menghidupkan Jalur Budaya Geylang Serai yang berlangsung selama sebulan sempena pembukaan rasmi Anjung@WGS.



Anjuran Jabatan Jalur WGS, acara yang mendapat tajaan bersama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu memaparkan persembahan berbilang budaya.



Ia bertujuan menggalak para belia untuk bekerjasama dalam mempelajari dan menghargai tradisi dan budaya yang berlainan di negara ini. 



Kumpulan yang turut  serta termasuk  Kirana Seni; Omkar Arts; yIN Harmony; Yaar Panj-Aab Association; Gunong Sayang Association; The Eurasion Cultural Troupe; dan Singapore Chinese dance Theatre.



Acara tersebut turut memaparkan gabungan lagu tema Singapura yang dimainkan menggunakan alat-alat muzik etnik yang berbeza serta gabungan persembahan tarian.



Tetamu terhormat, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman, telah menghadiri menyaksikan persembahan tersebut yang berlangsung selama dua jam di Anjung@WGS malam tadi (16 Julai).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >