Festival sains papar aksi ‘superhero’, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Festival sains papar aksi ‘superhero’

Aug 31, 2018 | 08:10 PM

DARI aksi superhero berdiri atas telur, hingga ke eksperimen membuat salji, ini antara persembahan yang boleh dinikmati orang ramai di Festival ‘Buskers’ Sains yang bermula hari ini.

Festival anjuran Pusat Sains Singapura dan A*STAR ini yang diadakan di Outdoor Plaza, Plaza Singapura, menampilkan pelbagai pameran yang menunjukkan gabungan antara sains dan seni persembahan.

Bukan sahaja menghiburkan, festival tersebut juga menyampaikan ilmu pengetahuan bagi penonton tidak kira umur.

Edisi 18 bagi Festival Sains Singapura ini melibatkan lebih 200 kumpulan yang merangkumi mereka semuda lapan tahun hingga ke pelajar politeknik.

Orang awam yang hadir juga mendapat peluang untuk mengundi persembahan pasukan ‘busker’ kegemaran mereka bagi Peringkat Akhir Buskers Sains, kerana pengadilan adalah berdasarkan kombinasi undian daripada para juri serta penonton.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Acara ini akan terus berlangsung esok, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Festival ini sesuai bagi semua tidak kira usia dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman https://www.science.edu.sg/whats-on.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map