Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fiesta gembleng tenaga pelbagai pihak bagi galak hidup sihat

Amrin: Acara gandingkan pelbagai kepakaran bagi raih manfaat untuk semua
Jan 20, 2020 | 05:30 AM



MENGGEMBLENG tenaga pelbagai pihak dalam merancakkan lagi usaha menggalak gaya hidup lebih sihat.



Menerusi acara Pesta Temasya Keluarga, orang ramai bukan sahaja mampu mendapatkan tip dan perkongsian kesihatan, malah mereka juga berpeluang melibatkan diri dalam kegiatan kesihatan yang menyeronokkan.



Berdasarkan tema Santai Sihat Sekeluarga, acara yang diadakan semalam di Kelab Masyarakat Ace The Place di Woodlands itu antara lain ingin menekankan pentingnya menjaga kesihatan yang menjadi asas bagi mencapai masa depan lebih cerah.



Acara tersebut merupakan usahasama antara M Kuasa Tiga (M³) di Woodlands, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Sembawang GRC dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), dengan sokongan pelbagai badan dan organisasi kemasyarakatan.



Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Woodlands yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, gembira dengan kerjasama itu yang turut melibatkan pelbagai pihak seperti Mendaki, Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Masjid Yusof Ishak dan juga Politeknik Republik (RP).



"Saya rasa ini adalah satu acara yang baik kerana ia menggabungkan tenaga pihak-pihak berlainan. Ini menunjukkan kesihatan dapat dilakukan dan dicapai bersama sebagai satu masyarakat.



"Menerusi acara seperti ini, kita dapat memanfaatkan pelbagai kepakaran bagi mendatangkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk semua," kata Encik Amrin yang juga menyampaikan baucar NTUC bernilai $50 kepada 100 keluarga yang memerlukan di acara itu.



Mengulas, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Temasya Keluarga tahun ini, Encik Mohamad Saddiq Mohamad Sa'id, berkata:



"Salah satu kelainan yang kami mahu lakukan tahun ini adalah untuk menjadikan acara ini sebagai pesta karnival, berbanding hanya pesta kesihatan yang biasa.



"Oleh itu, kami menerapkan elemen yang menyeronokkan bagi mereka yang hadir selain mahukan mereka terlibat dan menjadi sebahagian daripada acara ini secara keseluruhan."



Pada sebelah pagi, Penasihat GRO Admiralty, Encik Vikram Nair, bersama sekitar 200 peserta pelbagai peringkat usia menyertai kegiatan Family Fun Walk, yang bermula dari Masjid Yusof Ishak hingga ke Ace The Place CC.



Selain itu, orang ramai dapat menyaksikan perkongsian dan demonstrasi masakan sihat oleh Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) yang turut menyediakan lebih daripada 200 sarapan pagi untuk penduduk yang hadir di samping persembahan khas oleh peserta Gegar Vaganza Keenam, Wann dan Jatt Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >