Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filem animasi Disney diberi rating NC16, ada unsur LGBT

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



KANAK-KANAK berusia di bawah 16 tahun tidak akan dibenarkan menonton filem animasi Disney, Lightyear, apabila ia ditayangkan di pawagam setempat esok.



Menerusi satu kenyataan semalam, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata filem itu telah diberi rating NC16, iaitu bagi penonton berusia 16 tahun dan ke atas sahaja.



Lightyear, yang merupakan terbitan susulan daripada filem animasi popular kanak-kanak Toy Story, mengandungi beberapa kandungan yang menunjukkan watak wanita utamanya dan pasangannya, juga seorang wanita, memulakan keluarga dan melalui pelbagai detik penting dalam kehidupan mereka.



Malah, pasangan itu juga dilihat berciuman.



"Lightyear merupakan filem animasi kanak-kanak komersial pertama yang memaparkan gambaran homoseksual secara terang-terangan," ujar IMDA.



Lightyear juga merupakan filem animasi kanak-kanak pertama yang diberi rating NC16 di Singapura kerana memaparkan kandungan LGBTQ+.



LAPORAN SELANJUTNYA: IMDA minta Disney keluar dua versi tetapi ditolak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >