Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filem baik harus dapat buat penonton terus terpaku

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



SESEBUAH filem itu tidak sepatutnya membuat penonton berasa ia terlalu panjang atau terlalu singkat dan, pada masa sama, dapat mengekalkan tumpuan penonton, membuatkan mereka berasa terlibat dalamnya.



Demikian antara ciri filem baik yang dicari pengarah M. Raihan Halim, 39 tahun, antara anggota juri peraduan filem pendek musim ini, Anugerah Pembikin Filem ciNE65.



"Saya rasa adalah penting filem pendek itu pendek. Ada filem pendek yang terlalu meleret. Saya suka cerita yang disampaikan dalam cara terbaik, yang memanfaatkan masanya dengan terbaik.



"Filem yang menarik perhatian saya ialah yang benar-benar bermain dengan emosi saya... saya suka filem yang mencabar, menarik minat dan mengekalkan tumpuan saya sebagai penonton," ujar beliau, yang terkenal dengan drama-drama televisyen yang memenangi anugerah.



Ketika ditanya tentang peluang diundang menjadi juri, anak kelahiran Singapura itu berkata beliau suka mengadili pertandingan antaranya kerana ia membolehkan beliau mendapat inspirasi daripada pembuat filem muda.



Sudah 16 tahun Raihan berkecimpung dalam industri perfileman, termasuk menghasilkan beberapa drama tontonan televisyen, seperti Firasat dan SR115.



Malah filem beliau Banting bukan menerima sambutan baik di Singapura sahaja, malah ditayang di Festival Filem Antarabangsa Hawaii ke-34.



Bagi Raihan, peluang mengadili peraduan kali ini membolehkannya menonton cerita yang disampaikan golongan lebih muda, yang menyuntik kesegaran kepada pengarah yang sudah lama dalam industri, sepertinya, kata beliau.



"Saya rasa saya menerima lebih daripada apa yang saya berikan. Proses pengadilan adalah sesuatu yang tidak mengambil masa lama, tetapi kesan filem ini sampai bila-bila dan amat berharga," ujarnya.



Memberi pandangannya tentang bakat tanah air, Raihan berkata setiap hari tentunya terdapat pelapis namun yang membezakan satu sama lain ialah kemampuan bertahan.



Menyifatkan industri perfileman sebagai "amat amat sukar", Raihan berkata kerjaya dalam bidang itu memerlukan dorongan emosi dan minat.



"Anda mengorbankan masa bersama keluarga, masa anda sendiri, waktu tidur, dan untuk apa? Untuk menyampaikan cerita.



"Justeru minat itu amat penting. Yang susah adalah untuk kekal bertahan dan mengingatkan diri anda mengapa anda melakukan ini.



"Bagi saya, ada hari di mana minat itu lenyap, dan anda perlu bangkit semula dan itulah yang sukar.



"Kadangkala ada orang kehilangan minat itu dan tidak mendapatnya kembali," ujar beliau, yang dalam proses menerbitkan filem seterusnya, bertajuk LA LUNA.



Menyatakan bahawa inisiatif seperti ciNE65 adalah sebuah wadah baik untuk pembikin filem muda mula berkembang, Raihan berpandangan usaha mereka setelah pertandingan ini adalah lebih penting.



Memberi nasihat kepada pembikin filem muda, Raihan berkata:



"Sampaikan cerita yang unik kepada diri anda.



"Anda perlu mencari suara anda. Saya mengambil masa yang lama untuk cari suara itu... tetapi saya rasa cerita yang saya sampaikan adalah unik kepada saya.



"Justeru sampaikan cerita yang unik kepada diri anda kerana orang ramai mahu mendengar cerita itu. Jangan beri sesuatu yang mereka boleh dapat daripada orang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >