Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filem, forum sentuh fahaman radikal peringati Hari Pertahanan Mutlak

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



BADAN tidak mencari keuntungan Humanity Matters memperingati Hari Pertahanan Mutlak tahun ini dengan menganjurkan satu sesi tayangan filem mengenai ancaman fahaman radikal.



Filem pendek 25 minit berjudul 'Seeking The Imam' (STI) itu diterbitkan oleh pakar pengganasan dan zamil pelawat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Dr Noor Huda Ismail, dan aktivis silang agama Encik Hassan Ahmad.



Acara itu diikuti dengan sesi forum yang diadakan selama sejam lebih yang menampilkan Dr Huda dan Encik Sujadi Siswo, Ketua Meja Antarabangsa dengan Channel NewsAsia dan penerbit dokumentari 'Facing Terror'.



Turut hadir di acara yang berlangsung di Shaw Theatre @ Paya Lebar Quarter kelmarin ialah Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Cik Rahayu Mahzam.



Beliau berkata Hari Pertahanan Mutlak ialah satu peringatan bahawa Singapura mempunyai sesuatu yang penting untuk dipertahankan, dan semua orang memainkan peranan.



"Tahun lalu, kami menambahkan satu lagi tunggak (kepada Pertahanan Mutlak), pertahanan digital, kerana kami menyedari bahawa Internet telah mencipta dunia yang baru, dan kami semua perlu menyesuaikan diri.



"Generasi yang berbeza berubah dengan cara yang berlainan, dan kita perlu mengongsi nilai dan membangun norma yang baru atas perkara yang telah kita pelajari," kata Cik Rahayu.



Acara itu dihoskan oleh naib pengerusi Humanity Matters dan mantan Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO), Encik Gurmit Singh.



Seramai 70 orang menghadiri acara itu, termasuk pemimpin pertubuhan sosial dan keagamaan, pelajar serta pendidik.



Hadirin turut bertafakur selama satu minit untuk merenungkan "komitmen berterusan rakyat terhadap Pertahanan Mutlak".



Cik Rahayu berkata acara anjuran Humanity Matters itu menawarkan wadah untuk membincangkan pelbagai isu yang dihadapi masyarakat.



"Ini adalah peluang untuk kita duduk, berbincang dan membongkar beberapa isu yang lebih mendalam dalam masyarakat kita. Bukan hanya yang berkaitan dengan jihad, pengganasan dan fahaman radikal.



"Ada banyak isu lain yang boleh membuat kita duduk bersama secara sensitif dan bermakna untuk membantu negara kita menjadi lebih baik," tambah Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >