Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM WATAN

Filem pendek NDP rai wira Covid-19

Individu cacat pendengaran mahu peluang tonjolkan bakat seni Menjelang Hari Kebangsaan, BERITA MINGGU bertemu dengan mereka yang memainkan watak utama dalam filem pendek bertajuk 'Connections' yang dihasilkan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diketengahkan di Pentas Terapung Marina Bay pada 9 Ogos nanti.
Jul 31, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) kerap dikaitkan dengan suasana meriah, bergema dan bertenaga.



Ini termasuk suara lantang memberi arahan semasa perbarisan, tembakan hormat silih-berganti, aksi terbang lalu jet pejuang, persembahan nyanyian dan sorakan penonton.



Bagi Encik Muhd Ammar Nasrulhaq, beliau boleh melihat tetapi dapat mendengar kemeriahan yang berlangsung.



Namun, ia tidak bermakna beliau, yang cacat pendengaran, tidak dapat memberi sumbangan bagi meraikan ulang tahun negara.



Pada NDP tahun ini, Encik Ammar, 30 tahun, merupakan antara mereka yang terlibat dalam filem pendek, Connections.



Filem pendek sesingkat lima minit yang dihasilkan sempena NDP itu memberikan penghormatan kepada mereka yang membawa perubahan semasa pandemik.



Ia termasuk pakar penjagaan kesihatan, pekerja sosial, sukarelawan dan juga guru.



Kisah bagaimana mereka menghadapi cabaran Covid-19 akan dipaparkan dalam filem pendek di Pentas Terapung Marina Bay.



Filem pendek arahan penulis drama dan pengarang Encik Ken Kwek juga menampilkan watak pekak yang bernama 'Mo', lakonan Encik Ammar, yang membantu untuk mengagihkan makanan kepada masyarakat semasa Covid-19.



Watak Mo diilhamkan oleh Cik Lily Goh, 43 tahun, penerbit media pekak.



Encik Ammar, yang sudah lapan tahun dalam industri seni, menjelaskan:



"Saya banyak berfikir bagaimana saya boleh menghidupkan watak 'Mo' ini dengan baik.



"Saya selalu meminta nasihat dan pertolongan daripada Cik Lily kerana beliau mempunyai lebih banyak pengalaman daripada saya."



Dalam wawancara bersama Encik Ammar dengan bantuan seorang jurubahasa isyarat, beliau mengakui berasa kagum pengarah filem itu mengambil seorang yang benar-benar pekak untuk menghidupkan watak Mo.



"Kami, sebagai orang pekak, ingin diberi wadah untuk menonjolkan bakat yang kami ada.



"Dan yang paling penting, untuk diberikan peluang supaya golongan pekak seperti kami turut diwakili, terutama di Asia," tambah Cik Goh.



Semasa ditemui Berita Minggu di Pentas Terapung Marina Bay, Encik Ammar juga berkongsi cabaran yang beliau hadapi sewaktu memainkan watak Mo.



"Antara cabaran yang saya hadapi ialah sewaktu penggambaran, saya tidak tahu bila pengarah suruh berhenti melakonkan babak.



"Jadi, saya sangat bergantung kepada pemberi bahasa isyarat supaya saya tahu bila saya harus berhenti berlakon.



"Saya juga terpaksa berlakon sebagai budak sekolah berumur 16 tahun walaupun sekarang saya sudah berusia 30 tahun.



"Jadi, saya terpaksa mengingati kenangan dari zaman sekolah," kongsi Encik Ammar.



Walau ada cabaran, Encik Ammar gembira mendapat peluang melibatkan diri dalam filem itu.



Ini merupakan julung-julung kali beliau memainkan peranan besar dalam filem khas sempena NDP.



Ketika ditanya apakah yang beliau harap penonton raih dengan menonton filem itu, Encik Ammar berkata:



"Saya berharap penonton akan melihat bahawa orang pekak seperti saya juga mempunyai bakat mereka tersendiri dan jika diberikan wadah yang sesuai, mereka juga boleh menunjukan bakat mereka.



"Saya juga berharap pada masa depan, orang-orang pekak akan diwakili dengan betul dalam cerita atau filem kerana saya telah melihat terdapat gambaran yang salah di kalangan ramai orang tentang golongan pekak."




Antara cabaran yang saya hadapi ialah sewaktu penggambaran, saya tidak tahu bila pengarah suruh berhenti melakonkan babak.

Jadi, saya sangat bergantung kepada pemberi bahasa isyarat supaya saya tahu bila saya harus berhenti berlakon.

- Encik Muhd Ammar Nasrulhaq, yang menghidupkan watak 'Mo' - seorang individu cacat pendengaran - seperti dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >